Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan secara rasmi – RM 3,399

Samsung Galaxy Watch Ultra Malaysia

Samsung Galaxy Watch Ultra Malaysia

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan jam tangan pintar flagship syarikat ini iaitu Samsung Galaxy Watch Ultra.

Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan secara rasmi - RM 3,399 1

Samsung Galaxy Watch Ultra menampilkan rekaan yang sangat agresif dimana ianya akan ditawarkan didalam ukuran 47mm dengan skrin paparan AMOLED 1.5-inci yang memiliki kadar kecerahan maksima sehingga 3,000nits dan terdapat juga muka jam Night Mode. Skrin ini juga dilapisi Sapphire Crystal dan terdapat Quick Button pada sisi yang boleh digunakan untuk serta-merta memulakan dan mengawal aktivito kecergasan dan memetakan fungsi lain untuk memenuhi keperluan anda. Selain itu, anda boleh mengaktifkan Siren Kecemasan untuk keselamatan.

Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan secara rasmi - RM 3,399 2

Sebagai jam pintar Ultra, Galaxy Watch Ultra direka untuk bertahan pada persekitaran yang ekstrim dengan suhu mencecah 55°C sehingga -20°C atau pada ketinggian yang mencecah 9000m dan kedalamam sehingga 500m dibawah paras laut.

Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan secara rasmi - RM 3,399 3

Selain itu, Galaxy Watch Ultra ini memiliki rekaan yang diperbuat daripada bingkai titanium grade 4 dan tali jam mesra kulit. Ianya memiliki penarafan gred ketenteraan MIL-STD-810H, kalis air 10ATM dan penarafan IP68.

Dalam pada itu, Galaxy Watch Ultra memiliki cip Exynos W1000 yang merupakan cip 3nm pertama digunakan pada Galaxy Watch Series, 2GB RAM, storan dalaman 32GB, Wear OS 5, enhanced Bioactive Sensor, sistem GPS dwi-frekuensi pertama kali digunakan.

Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan secara rasmi - RM 3,399 4

Akhir sekali, Galaxy Watch Ultra juga memiliki bateri 560mAh dengan jangka hayat bateri yang mencecah 48 jam dengan pengunaan biasa.

Samsung Galaxy Watch Ultra akan ditawarkan pada harga RM 3,399 didalam tiga pilihan warna iaitu Dark Gray, Titanium and White.

Samsung Galaxy Watch Ultra dilancarkan secara rasmi - RM 3,399 5

Pra-tempah Galaxy Watch Ultra sekarang dengan promosi menarik seperti berikut :

Nikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM806 apabila anda membuat pra-pesanan Galaxy Watch Ultra

• Tali Jam Terpilih bernilai sehingga RM399
• Smart Tag2 bernilai sehingga RM149
• Pengecas 15W tanpa kabel bernilai sehingga RM59
• Wireless PowerBank bernilai sehingga RM199

Rebat RM200 apabila anda menukar Galaxy Watch lama anda

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.