Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai

HONOR Magic V3 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 1

HONOR Magic V3 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2

HONOR secara rasminya telah mengesahkan ianya akan melancarkan telefon pintar foldable terbaru mereka iaitu HONOR Magic V3 pada 12 Julai ini.

Telefon pintar Magic V3 ini dikatakan akan memperbaharui rekod telefon pintar ternipis didunia dengan ukuran hanya 9.7mm iaitu 0.2mm lebih nipis berbanding Magic V2. Ianya juga memiliki berat sekitar 226g, 5g lebih ringan berbanding V2.

Selain itu, Magic V3 akan hadir dengan penarafan kalis air IPX8, bateri 5,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W, cip Snapdragon 8 Gen 3, sensor utama 50MP dengan OIS, sensor telefoto dengan zoom optik 3.5x, pengecasan tanpa wayar, sokongan komunikasi satelit dan sensor capjari pada sisi.

Selain Magic V3, HONOR juga akan memperkenalkan Magic Vs 3, MagicPad 2, dan MagicBook Art 14 di pelancaran yang akan berlangsung pada 12 Julai ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.