Xiaomi Redmi 13 kini rasmi di Malaysia dengan sensor 108MP dan HyperOS – RM 699
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar Redmi 13 yang dilancarkan baru-baru ini kini telah mula ditawarkan di Malaysia.
Terus ke spesifikasi, Redmi 13 ini hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.79-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz serta AdaptiveSync. Ianya dikuasakan cip MediaTek Helio G91-Ultra, 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan Xiaomi HyperOS.
Selain itu, Redmi 13 memiliki sensor utama 108MP ISOCELL HM6 bersama sensor makro 2MP selain kamera selfie 13MP.
Dalam pada itu, Redmi 13 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,030mAh dengan pengecasan pantas 33W, bicu audio 3.5mm, sensor capjari pada sisi, penarafan IP53 dan slot microSD.
Akhir sekali, Xiaomi Redmi 13 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 bermula 14 Jun ini didalam 4 pilihan warna iaitu Midnight Black, Sandy Gold, Pearl Pink, dan Ocean Blue.