HUAWEI Pura 70 Series kini rasmi dengan kamera lebih padu dan cipset Kirin 9010
HUAWEI meraikan ulang tahun ke-12 pelancaran telefon pintar Ascend P1 yang memulakan era telefon pintar flagship Huawei P Series yang kini dikenali sebagai HUAWEI Pura.
HUAWEI Pura 70 Series telah dilancarkan didalam 4 model iaitu Pura 70, Pura 70 Pro, Pura 70 Pro+ dan Pura 70 Ultra yang berkongsi rekaan panel kamera segi tiga dan cipset Kirin 9010 terbaru syarikat ini.
Pada artikel ini kita akan berkata mengenai tiga model iaitu HUAWEI Pura 70, HUAWEI Pura 70 Pro dan HUAWEI Pura 70 Pro+ manakala Pura 70 Ultra akan kami perkatakan pada artikel berasingan.
HUAWEI Pura 70
HUAWEI Pura 70 tampil dengan skrin paparan LTPO Oled berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz (2,760 x 1,256 piksel) bersama lapisan gelas Kunlun.
Bersama cip Kirin 9010, Pura 70 memiliki 12GB RAM bersama storan dalaman 256GB, 512GB atau 1TB.
Beralih kepada kamera, Pura 70 memiliki sensor utama 50MP yang memiliki aperture fizikal boleh ubah f/1.4-f/4.0, sensor ultrawide 13MP f/2.2 dan sensor telefoto 12MP f/3.4 dengan 5x zoom optikal dan OIS.
Selain itu, Pura 70 juga memiliki bateri 4,900mAh dengan pengecasan pantas 66W, 50W pengecasan tanpa wayar dan 7.5W reverse charging. Ianya beroperasi pada HarmonyOS 4.2
HUAWEI Pura 70 ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Sakura Rose Red, Ice Crystal Blue, Snow White, dan Feather Sand Black pada harga dari CNY 5,499 (RM 3,631).
HUAWEI Pura 70 Pro & HUAWEI Pura 70 Pro+
HUAWEI Pura 70 Pro dan Pura 70 Pro+ adalah model yang sangat premium untuk dipandang namun tampil dengan gaya yang berbeza.
Kedua model mempunyai panel belakang yang berbeza diikuti kapasiti RAM iaitu hanya 12GB pada Pro manakala Pro+ tampil dengan 16GB RAM. Selain itu, Pura 70 Pro+ juga memiliki sokongan komunikasi satelit namun ciri ini hanya eksklusif pada peranti yang dijual di China.
Selain daripada perbezaan diatas, Pura 70 dan Pura 70 Pro+ hadir dengan spesifikasi yang sama.
Ini bermaksud kedua-dua model hadir dengan skrin paparan LTPO Oled berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz ( 2,844 x 1,260 pikse) dan lapisan Kunlun glass yang berbeza iaitu Basalt-tempered yang merupakan teknologo yang dipaten oleh HUAWEI.
Huawei Pura 70 Pro and Pro+ menampilkan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 50 MP f/1.4-f/4.0 dengan OIS yang sama seperti pada Pura 70, manakala sensor telefoto adalah sensor 48 MP F/2.1 dengan 3.5x zoom dan OIS. sensor ultrawide 12.5 MP ultrawide juga disertakan.
Selain itu, kedua model Pro ini juga disertakan dengan mod Super Focus Macro yang mampu memgambil gambar pada jarak sedekar 5 cm sahaja.
Beralih ke bateri, Pura 70 Pro dan Pura 70 Pro+ memiliki bateri 5,050mAh bersama pengecasan pantas 100W, pengecasan tanpa wayar 80W dan 20W reverse charging. Ianya beroperasi pada HarmonyOS 4.2
HUAWEI Pura 70 Pro tampil dengan rekaan panel gelas yang ditawarkan didalam tiga warna iaitu White, Black dan Purple pada harga CNY6,499 (RM 4,291) manakala Pura P70 Pro+ didalam kemasan woven plaid design di atas permukaan gelas ini tampil dalam warna Silver, White, dan Black pada harga yang bermula dari CNY 7,999 (RM 5,282).
Buat masa ini masih belum ada pengesahan samada HUAWEI Pura 70 Series akan ke pasaran global.