Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 12R kini rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 8 Gen 2

OnePlus 12R kini rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 1

OnePlus 12R kini rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 2

Majlis pelancaran global OnePlus 12 juga telah menyaksikan OnePlus melancarkan telefon pintar OnePlus 12R yang merupakan model OnePlus R Series yang pertama kali dilancarkan dipasaran global.

OnePlus 12R memiliki skrin paparan LTPO AMOLED 2K berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz (1-120Hz) yang dibekalkan oleh BOE. Ianya menawarkan  kecerahan maksima mencecah 4,500nits, dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Victus 2 dan kamera selfie 16MP.

Selain itu, OnePlus 12R juga dikuasakan dengan cip  Snapdragon 8 Gen 2 bersama 12GB/16GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman jenis UFS 4.0 berkapasiti tinggi sehingga 1TB.

Beralih kepada kamera, OnePlus 12R memiliki sensor utama IMX890 50MP yang memiliki OIS, sensor ultrawide 8MP IMX581 dan sensor makro 2MP.

Bercakap mengenai bateri, OnePlus 12R hadir dengan bateri berkapasiti 55400mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 100W SuperVOOC yang mampu memberikan pengecasan penuh didalam masa 27 minit sahaja.

OnePlus 12R kini rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 3

OnePlus 12R akan dilancarkan dengan Color OS 14 yang berasaskan Android 14 didalam dua warna iaitu Cool Blue dan Iron Gray pada harga dari €699 (RM 3,858).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.