Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : iQOO 12 5G – Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 1

iQOO 12 5G

Pengenalan

iQOO adalah jenama telefon pintar yang boleh dianggap masih baru di pasaran Malaysia namun dengan penawaran telefon pintar kelas flagship pada harga yang lebih berpatutan, ianya cepat diterima oleh pengguna di Malaysia.

iQOO 12 5G adalah generasi terbaru telefon pintar flagship daripada syarikat ini dan ianya juga tampil sebagai telefon pintar pertama dipasaran Malaysia untuk hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3Z. Ianya  tampil didalam rekaan premium dengan dua kemasan iaitu Alpha dan Legend yang mempunyai logo BMW M Motorsport selaku rakan premium syarikat ini.

Selain cip Snapdragon 8 Gen 3, iQOO 12 juga mempunyai sistem kamera yang mampu bersaing dengan kebanyakkan telefon pintar flagship lain dipasaran, penarafan IP54 dan skrin paparan E7 AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz.

Banyak yang boleh diperkatakan mengenai telefon pintar terbaru iQOO 12 ini yang tampil dengan tanda harga RM 3,399 dan ini adalah ulasan kami mengenai telefon pintar ini.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 2

Reka Bentuk

Sebaik sahaja dikeluarkan daripada kotak, iQOO 12 boleh dikatakan sebagai antara model telefon pintar yang mempunyai pertukangan yang premium.

Unit ulasan kami adalah warna Alpha yang menampilkan rekaan panel belakang berwarna hitam dengan kemasan ‘sandblasted’ namun permukaanya tidak kasar dan ianya juga tidak menampakkan sebarang kesan capjari. Panel ini diperbuat daripada gelas yang melekung pada sisi namun bagi kami ianya ‘rasa’ seperti plastik.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 3

Seterusnya, modul kamera iQOO 12 ini adalah sangat menonjol dan hampir memenuhi keseluruhan bahagian atas panel belakang. Ianya memiliki kemasan bergerigi (seperti pada jam tangan) berwarna krom pada sekeliling modul kamera.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 4

Pada bahagian hadapan, iQOO 12 memiliki skrin paparan  AMOLED berukuran 6.78-inci dengan bezel yang nipis pada sekeliling skrin namun tidak dapat pastikan samada ianya memiliki sebarang gelas keselamatan.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 5

Bercakap mengenai kerangka pula, iQOO 12 menggunakan rangka aluminium aloi didalam warna kelabu dan terdapat juga jalur antena berwarna hitam. Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan butang

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 6

kelantangan bunyi manakala sisi kiri tidak mempunyai sebarang butang atau slot. Beralih kepada bahagian bawah, terdapat slot SIM, port USB-C, mikrofon dan gril pembesar stereo manakala pada bahagian atas terdapat  dua lagi mikrofon dan satu lagi gril pembesar suara.

Dalam pada itu, iQOO 12 juga memiliki profil yang nipis iaitu dengan ketebalan 8.10mm dan berat 203.7 gram. Agak mengecewakan, ianya hanya tampil dengan penarafan IP64 yang tidak setaraf kebanyakkan peranti flagship yang biasanya tampil dengan penarafan kalis air dan habuk yang lebih komprehensif iaitu IP68.

Bagi kami, iQOO 12 adalah telefon pintar yang mempunyai rekaan elegan yang sudah pasti mampu mengekalkan gelaran ini bagi sepanjang tahun 2024 .

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 7

Skrin Paparan

iQOO 12 tampil dengan skrin paparan E7 AMOLED berukuran 6.78-inci yang memiliki resolusi 1260 x 2,800 piksel dengan kepadatan 453ppi. Panel ini juga menyokong kadar segar semula 144Hz bersama pensijilan HDR10+ dan mempunyai kecerahan maksima sehingga 1,400nits serta 2,160Hz PWM Dimming.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 8

Selain itu, panel ini menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz, dan terdapat tiga mod kadar segar semula iaitu – High (sehingga 144Hz), Standard (sehingga 60Hz) dan Smart Switch (menghadkan beberapa aplikasi secara automatik kepada 60Hz atau 90Hz).

Secara keseluruhanya, panel LTPO yang digunakan pada iQOO 12 ini adalah sangat vivid dengan penghasilan warna yang sangat tepat dan sedap dipandang.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 9

Pemproses

iQOO 12 merupakan telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan ianya juga antara telefon pintar pertama untuk hadir dengan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Menariknya, iQOO menjanjikan bahawa Funtouch OS 14 ini tampil dengan jumlah aplikasi pihak ketiga yang lebih sedikit, komitmen untuk 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Bersama cip Snapdragon 8 Gen 3, iQOO 12 juga tampil dengan teknologi memori dan storan paling terkini dipasaran iaitu penggunaan RAM jenis LPDDR5X yang 33% lebih pantas berbanding RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 4.0.

Dalam pada itu, pasaran Malaysia hanya menerima varian yang tertinggi sahaja iaitu versi 16GB RAM dan storan dalaman 512GB bersama sehingga 16GB Extended RAM.

Seterusnya, iQOO 12 dilihat memberikan perhatian khas kepada pengalaman gaming luar biasa dan ini terbukti dengan penawaran cip Supercomputing Q1 yang akan menawarkan beberapa ciri khas ketika gaming seperti Game Frame Interpolation (meningkatkan kadar bingkai sehingga 144fps) dan Game Super Resolution (meningkatkan resolusi sesuatu permainan video).

Lebih-lebih lagi, untuk memastikan cip Snapdragon 8 Gen 3 ini beroperasi pada pretasi terbaik, iQOO 12 juga dilengkapi sistem penyejukan VC 6K 4 zon yang mengelakkan telefon anda daripada menjadi terlalu panas dan pastikan cengkaman yang selesa tidak kira bagaimana anda memegangnya.

Secara keseluruhan, penggunaan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 3 bermaksud iQOO 12 mampu menawarkan pengguna sebuah peranti yang terbaik dari segi prestasi, pengalaman gaming dan banyak lagi.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 10

Kamera

iQOO 12 menampilkan tetapan kamera gred flagship dimana ianya menggunakan tiga sensor kamera beresolusi tinggi dibahagian belakang iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto periskop yang membawakan 3x zoom optik, 10x zoom ‘lossless’ dan sehingga 100x zoom digital.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 11

Sensor utama 50MP adalah sensor OmniVision OV50H yang tampil dengan ciri pemfokusan multi-directional Quad-PD, OIS dan sokongan zoom 2x. Sensor ultrawide juga 50MP namun ianya adalah sensor Samsung (S5K)JN1 yang membawakan sokongan pemfokusan auto dan ini membolehkan sensor ini turut digunakan untuk fotografi makro diikuti sensor telefoto periskop 64MP OV64B yang membawakan 3x zoom optik dan 10x zoom lossless.

Dalam pada itu, kamera selfie adalah 16MP Samsung S5K3P9 yang dilihat mampu menawarkan pengguna pretasi kamera selfie yang memuaskan.

Bercakap mengenai kualiti gambar, sensor utama memberikan kami hasil gambar yang amat menarik namun masih ada ketidaksempurnaan yang kelihatan jelas yang menjadikanya sedikit bawah untuk mencapai tahap flagship.

 

Selain itu, prestasi zoom pada iQOO 12 adalah sesuatu yang patut diberikan pujian dimana kualiti gambar 3x zoom dan 10x zoom memberikan hasil yang berkualiti tinggi manakala pengzooman 100x juga tidak mengecewakan.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 20
Gambar Makro menggunakan sensor ultrawide 50MP
ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 21
Gambar Makro menggunakan sensor telefoto 3x

Seterusnya, fotografi makro pada iQOO 12 boleh diambil menggunakan sensor ultrawide 50MP dimana anda boleh menikmati hasil gambar yang memuaskan pada jarak sedekat 5cm namun anda mungkin memperoleh hasil makro lebih baik apabila menggunakan sokongan 3x zoom pada sensor telefoto dengan kesan bokeh yang lebih semulajadi, lebih tajam dan menawarkan kadar dinamik yang lebih baik.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 22

Dalam pada itu, hasil gambar potret pada iQOO 12 boleh dikatakan berada pada kategori baik namun pengasingan subjek daripada latar belakang tidak begitu sempurna. Kesan Bokeh pada gambar potret juga boleh dilaras walaupun selepas gambar diambil.

Berikut adalah hasil gambar dari iQOO 12 :

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 35

Bateri

iQOO 12 tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang mempunyai kepadatan lebih tinggi iaitu 9% lebih kompak berbanding bateri berkapasiti sama. Ianya juga mampu mengekalkan sehingga 80% kapasiti asal bateri walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan.

Selain itu, iQOO 12 juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 120W FlashCharge yang disertakan didalam kotak bersama kabel pengecasan USB-C (6A). Pengecasan ini membolehkan iQOO 12 dicaj ke tahap 100% didalam masa 26 minit sahaja.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan iQOO 12 ini adalah ketiadaan pengecasan tanpa wayar yang boleh dikatakan sebagai ciri yang ada pada kebanyakkan telefon pintar flagship walaupun kegunaanya adalah terhad.

ULASAN : iQOO 12 5G - Peranti dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 termurah di Malaysia 36

Penutup

Sebagai telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, iQOO 12 boleh dikatakan akan menjadi antara telefon pintar termurah cipset terbaik Qualcomm bagi tahun 2024 dan ianya juga menawarkan pakej yang setimpal dengan harga jualan.

Selain itu, rekaan yang premium dengan kerjasama BMW M Motorsport juga membolehkan iQOO 12 kelihatan unik  dikalangan peranti flagship.

Akhir kata, iQOO 12 adalah peranti yang menawarkan anda prestasi terbaik dipasaran terutamanya dari segi gaming namun masih ada ruang bagi syarikat ini untuk memperbaiki aspek lain seperti fotografi dan banyak lagi

iQOO 12 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,399. Dapatkanya di SINI 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.