Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 – harga sekitar RM 1,809

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga sekitar RM 1,809 1

 

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga sekitar RM 1,809 2

Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Honor X50 Pro di China yang menampilkan spesifikasi  baik pada harga yang lebih berpatutan.

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga sekitar RM 1,809 3

Telefon pintar terbaru Honor ini hadir dengan panel 10-bit OLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K, sokongan kadar segar semula 120Hz, 1,920 Hz PWM dimming dan sensor capjari dalam skrin. Ianya turut dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga sekitar RM 1,809 4

Beralih kepada bahagian kamera, X50 Pro ini menampilkan sensor utama 50MP bersama sensor 2MP dan flash LED pada modul bulat, Ianya turut memiliki sensor selfie 8MP f/2.0 dibahagian hadapan.

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga sekitar RM 1,809 5

Selain itu, Honor X50 Pro juga disertakan dengan bateri 5,800mAh bersama pengecasan pantas 35W, MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Honor X50 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga sekitar RM 1,809 6

Akhir sekali,  Honor X50 Pro ini tampil didalam dua warna iaitu Elegant Black atau Green pada harga CNY 2,799 (RM 1,809).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.