HUAWEI MateBook D16 kini rasmi di Malaysia – rekaan lebih premium dan cipset berkuasa tinggi
Majlis pelancaran HUAWEI di Dubai beberapa hari lalu juga telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan komputer riba HUAWEI MateBook D16
HUAWEI MateBook D16 tampil dengan paparan IPS LCD berukuran 16-inci dengan 1920×1200 piksel yang mempunyai nisbah skrin kepada rangka 90% dan menyokong pembukaan dan penutupan sehingga sudut 180°. Panel ini juga mempunyai nisbah 16:10 dengan kecerahan 300nits.
Selain itu, MateBook D16 ini juga tampil didalam beberapa varian yang menampilkan cip pemprosesan Intel Core i5 H-series generasi ke-12 dan ke-13 bersama grafik Intel UHD atau Intel Core i9 H-series dengan grafik Intel Iris Xe. Ianya juga memiliki 16GB RAM jenis LPDDR4X and storan sehingga 1TB M.2 SSD.
Selain itu, MateBook D16 juga membawakan ciri Super Hub yang dipertingkatkan seperti Multi-device Collaboration, Huawei Share, Personal Voice Enhancement dan ciri Smart Conference dengan keboleham AI HUAWEI seperti AI Camera, AI Sound Effects, dan Smart Voice untuk mencipta pengalaman persidangan yang mengasyikkan, selamat dan cekap yang menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kompleks.
Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan HUAWEI MateBook D 16 juga boleh menebus HUAWEI Sound Joy pada harga RM1 (Bernilai RM699) dari 13 Disember 2023 hingga 18 Januari 2024 melalui stor rasmi HUAWEI di Shopee dan Stor Flagship HUAWEI di Lazada