Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TGV 1 UTAMA kini dinaik taraf dengan teknologi IMAX Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran

Susulan pelancaran IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Pavilion Bukit Jalil dan TGV Sunway Velocity, TGV Cinemas telah mengumumkan penawaran pengalaman IMAX yang baharu ini ke TGV 1 Utama.

Ini membolehkan TGV Cinemas mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran teknologi IMAX di Malaysia, dengan jumlah lokasi terbanyak yang menampilkan IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran.

Selain itu,pawagam IMAX di TGV 1 Utama juga dilengkapi dengan tempat duduk baharu, menjanjikan tahap keselesaan yang baharu dan pengalaman tontonan yang optimum. Sistem IMAX dengan Laser menyediakan imej yang lebih tajam, jelas, dan nyata, memberikan visual yang lebih realistik pada skrin besar. Kualiti visual yang ditingkatkan ini disertai dengan Teknologi Bunyi 12 Saluran di dalam pawagam, menawarkan pengalaman bunyi yang lebih kuat dan immersif yang dapat dirasai oleh penonton.

Rasai pengalaman IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV 1 Utama sekarang!

Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.