realme GT5 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan sistem kamera lebih berkuasa
realme GT5 Pro memiliki skrin paparan 1.5K LTPO AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima mencecah 4,500nits.
Selain itu, realme GT5 Pro juga dikuasakan dengan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 yang membawakan 30% peningkatan prestasi CPU dan 25% peningkatan prestasi GPU serta 10% lebih cekap tenaga. Ianya dipadankan dengan RAM jenis LPDDR5X berkapasiti 12GB atau 16GB dan storan dalaman jenis UFS 4.0 berkapasiti tinggi sehingga 1TB. Ianya juga disertakan sistem penyejukan 12,000mm² vapor chamber.
Bercakap mengenai kamera, realme GT5 Pro juga memiliki sensor utama LYT808 50MP yang dibangunkan dengan kerjasama Sony dan OIS manakala sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan sensor periskop telefoto 3x 50MP IMX890.
Tidak lupa juga, realme GT5 Pro turut memiliki kamera selfie 32MP.
Bercakap mengenai bateri, realme GT5 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 5,400mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W .
realme GT5 Pro akan dilancarkan dengan realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14, motor vibrasi linear yang pasti menjadi ciri yang diminati gamers, sensor capjari dalam skrin, penarafan IP64, WiFi 7 dan pembesar suara Dolby Atmos.
Akhir sekali, realme GT5 Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Red Rock dan Bright Moon yang memiliki kemasan kulit vegan manakala warna Starry Night tampil dengan kemasan gelas.
realme GT5 Pro akan ditawarkan di pasaran China pada harga dari CNY 3,298 (RM 2,155).