Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X100 dan X100 Pro akan dilancarkan di pasaran global pada 14 Disember ini

vivo X100 dan X100 Pro akan dilancarkan di pasaran global pada 14 Disember ini 11

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran global telefon pintar flaship vivo X100 dan vivo X100 Pro akan berlangsung pada 14 Disember ini.

vivo X100 dan X100 Pro akan dilancarkan di pasaran global pada 14 Disember ini 12

vivo X100 dan X100 Pro ini tampil dengan skrin paparan 8T LTPO AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260p dan kadar segar semula 1-120Hz. Panel 10-bit ini juga memiliki kecerahan maksina sehingga 3,000nits, kadar PWM 2,160Hz, sensor capjari dalam skrin dan kamera selfie 32MP.

vivo X100 dan X100 Pro akan dilancarkan di pasaran global pada 14 Disember ini 13

Selain itu, kedua-dua telefon pintar ini juga dikuasakan cip Dimensity 9300, kapasiti RAM sehingga 16GB LPDDR5T dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0

vivo X100 dan X100 Pro akan dilancarkan di pasaran global pada 14 Disember ini 14

Beralih ke bahagian kamera, vivo X100 Pro dilengkapi tiga sensor 50MP iaitu sensor utama 1-inci IMX989, sensor telefoto yang mempunyai penarafan Zeiss APO  yang mana sensor periskop ini adalah jenis ‘floating module’ yang menawarkan 4.3x zoom optik dan 100x zoom digital. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide dengan salutan T* lens coating. X100 Pro juga dilengkapi cip pengimejan 6nm yang menyokong rakaman video 4K portrait.

vivo X100 dan X100 Pro akan dilancarkan di pasaran global pada 14 Disember ini 15

Dalam pada itu, vivo X100 pula dilengkapi satu sensor utama 50MP IMX920, sensor telefoto 64MP dengan 3x zoom dan OIS serta sensor ultrawide 50MP. kesemua sensor ini mempunyai salutan T* lens coating yang mengurangkan pemantulan sebanyak 50% berbanding  vivo X90 series.

Seterusnya, vivo X100 dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh bsesama pengecasan 120W manakala X100 Pro pula tampil dengan bateri 5,400mAh dengan pengecasan 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Lain-lain spesifikasi vivo X100 dan X100 Pro adalah OriginOS 4 berasaskan Android 14, penarafan IP68, IR Blaster, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.