Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip Snapdragon 7s Gen 2 kini rasmi – akan digunakan pada Redmi Note 13 Series

Cip Snapdragon 7s Gen 2 kini rasmi - akan digunakan pada Redmi Note 13 Series 1

Cip Snapdragon 7s Gen 2 kini rasmi - akan digunakan pada Redmi Note 13 Series 2

Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang diperbuat daripada proses 4 nanometer.

Cip Snapdragon 7s Gen 2 boleh dikategorikan sebagai cipset Snapdragon 7 Series yang paling kurang berkuasa dan ianya mungkin dilancarkan pada Redmi Note 13 Series yang dijadualkan akan dilancarkan bulan ini.

Selain itu, cipset ini juga tidak menggantikan mana-mana cipset dan ianya mempunyai 4 teras berprestasi tingi pada kelajuan 2.4GHz dan 4 lagi teras pada kelajuan 1.95GHz.

Cip Snapdragon 7s Gen 2 kini rasmi - akan digunakan pada Redmi Note 13 Series 3

Selain itu, ianya juga memiliki GPU Adreno, sokongan skrin paparan FHD+ pada resolusi sehingga 144Hz, modem FastConnect 6700, Bluetooth 5.2, RAM jenis LPDDR5 pada kadar 3200MHz, USB 3.1, Quick Charge 4+ dan Spectra ISP yang menyokong satu sensor 200MP dan rakaman video 4K pada kadar 30 fps.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.