Jabra Elite 8 Active kini rasmi di Malaysia – earbuds paling lasak di dunia
Jabra secara rasminya telah memperkenalkan earbuds terbaru didalam siri Jabra Elite dengan pelancaran Jabra Elite 8 Active sebagai penanda aras baharu untuk ketahanan dan kesesuaian kerana ia telah menjalani ujian untuk menjadi fon telinga paling lasak di dunia dengan standard ketenteraan.
Dibina bukan sekadar untuk berlari atau bersukan, fon telinga ini direka tahan lasak untuk pengguna tanpa mengira aktiviti yang dilakukan walau di mana sahaja.
Selain itu, fon telinga Elite 8 Active ini juga telah lulus semua ujian yang diperlukan untuk US Military Standard bagi Ruggedized Electronics (810H). Ini termasuk ujian kelembapan, suhu tinggi, penggunaan ketika hujan dan kawasan tinggi.
Fon telinga ini kedap air sepenuhnya sehingga kedalaman 1.5m dengan penarafan IP68, bermakna fon telinga ini kalis habuk dan kalis air sepenuhnya, manakala bekas pengecas pula memiliki penarafan IP54 sebagai kalis habuk dan kalis percikan air.
Di samping itu, Elite 8 Active juga telah melalui ujian Highly Accelerated Corrosion Testing (HACT).
Ujian ini memerlukan fon telinga untuk melepasi 11 kitaran penuh ujian, termasuk bertahan selama 2 jam pada suhu 40°C dengan kelembapan 93%, melalui ujian percikan air selama 15 minit dalam air masin dan bertahan dalam ujian pengeringan haba 40°C selama 15 minit, untuk berjaya membuktikan kelayakan anti-karat fon telinga.
Walaupun fon telinga Jabra Elite 8 Active lasak, ia tidak mengorbankan nilai bunyi atau estetiknya. Ia direka untuk mencergaskan latihan senaman pengguna dengan bunyi yang luar biasa menerusi Dolby Audio, yang menyampaikan bunyi yang jelas dan telus untuk pengalaman mendengar muzik yang lebih lama dan selesa.
Adaptive Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) mengoptimumkan prestasi ANC secara automatik kepada persekitaran sekeliling anda.
Teknologi Wind Neutralizing HearThrough juga menapis sebarang gangguan angin tanpa menyekat bunyi persekitaran bagi memastikan keselamatan tanpa menjejaskan bunyi yang mantap.
Dengan ciri-ciri fon telinga yang mempunyai teknologi panggilan 6 mikrofon dan jaringan pelindung hingar angin, termasuklah kesalinghubungan dengan jam pintar yang stabil**, Google Assistant, Fast Pair, Swift Pair dan Spotify Tap, dan juga jangka hayat bateri sehingga 8 jam (32 jam dengan bekas), fon telinga ini sangat sesuai untuk bekerja dan juga bersenam.
Jabra Elite 8 Active akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Caramel, Navy dan Dark Grey pada harga RM 1,049.
Ketahui lebih lanjut mengenai Jabra Elite 8 Active di www.jabra.com.
Mulai 8 hingga 17 September, Jabra Elite Active 8 akan dibuka untuk pra-pesanan eksklusif melalui kedai rasmi di Shopee, Lazada, dan Sunway eMall.
pakej pra-pesanan ini juga termasuk akses VIP Celebrity Fitness percuma yang bernilai RM258. Tawaran ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengalaman audio anda, malah ia juga dapat meningkatkan kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Sebagai tambahan, nikmatilah diskaun baucar RM50, dengan mendapatkan pra-tempahan eksklusif yang hanya tersedia di Shopee, Lazada, dan Sunway eMall.
Jabra Elite 8 Active juga boleh didapati di peruncit sah terpilih di seluruh negara bermula penghujung September 2023.