Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14 akan memiliki sensor utama lebih besar dan cip Snapdragon 8 Gen 3

Xiaomi 14 akan memiliki sensor utama lebih besar dan cip Snapdragon 8 Gen 3 1

Xiaomi 14 akan memiliki sensor utama lebih besar dan cip Snapdragon 8 Gen 3 2

Kita semakin menghampiri penghujung tahun 2023 yang juga bermaksud pelancaran kebanyakkan model telefon pintar flagship telah selesai dengan hanya berbaki pelancaran Samsung Galaxy Z Series dan iPhone 15 Series sahaja.

Selepas itu, pengeluar akan mula mengalihkan perhatian kepada generasi baharu telefon pintar bermula dari penghujung tahun 2023 dengan cipset baharu dan teknologi terkini.

Laporan terbaru daripada Digital Chat Station mendedahkan maklumat mengenai Xiaomi 14 yang akan memiliki rekaan yang sama namun dengan penambahbaikan dalaman dan telefon pintar ini akan menjadi antara yang pertama menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3.

Selain itu, Xiaomi 14 juga akan ditawarkan didalam varian 1TB buat pertama kali dan ianya akan memiliki bateri 4,860mAh dengan pengecasan pantas 90W dan pengecasan tanpa wayar 50W:

Seterusnya, Digital Chat Station juga mendakwa bahawa sensor utama Xiaomi 14 adalah sensor yang lebih besar iaitu 50MP 1/1.28″ bersama sensor ultrawide, sensor telefoto yang mungkin menawarkan zoom optik sehingga 3.2x dan satu lagi sensor yang mungkin merupakan sensor depth.

Xiaomi dijangka akan melancarkan Xiaomi 14 Series pada penghujung tahun ini bermula dengan pasaran China sebelum ke pasaran global pada awal 2024.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.