Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok Nothing Phone (2) habis sehari selepas jualan di stor Crossover

Nothing Phone (2) telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 14 Julai yang lalu pada harga yang bermula dari RM 2,999.

Jualan pertama Nothing Phone (2) melalui Crossover telah menyaksikan kesemua stok bagi telefon pintar ini habis terjual didalam masa sehari selepas ianya mula ditawarkan.

Jika anda antara yang terlepas untuk mendapatkan Nothing Phone (2) melalui Crossover, Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini melalui wakil pengedar rasmi atau melalui telko YES 5G bermula 22 Julai ini.

Nothing Phone (2) ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan putih pada harga dari RM 2,999 bagi versi 12/256GB dan 3,499 bagi versi 12/512GB.

Maklumat lanjut di : Nothing Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.