Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Ultra kini mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia

Xiaomi 13 Ultra kini mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia 1

Xiaomi 13 Ultra kini mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia 2

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan telefon pintar flagship premium terbaru syarikat ini iaitu Xiaomi 13 Ultra kini telah mula ditawarkan secara rasmi di stor fizikal Xiaomi Malaysia diseluruh negara.

Xiaomi 13 Ultra telah mula ditawarkan untuk pra-tempahan bermula 23 Jun yang lalu pada harga RM 5,199 dan kini jualan rasmi telah bermula.

Xiaomi juga telah mengumumkan bahawa setiap pembelian Xiaomi 13 Ultra (12/512GB) akan turut menikmati ganjaran tambahan bernilai sehingga RM 831.40 yang termasuk MI  Portable Photo Printer (RM 297), 6 bulan pelan Google One 100GB (RM 53.40) dan 1 tahun lanjutan waranti (RM 499).

Xiaomi 13 Ultra kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Black, Olive Green pada harga RM 5,199.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.