Google Pixel 7a kini rasmi dengan cip Tensor G2 dan sensor 64MP
Google secara rasminya telah memperkenalkan Google Pixel 7a di Google I/O awal pagi tadi.
Google Pixel 7a hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci dengan kadar segar semula 90Hz pada resolusi FHD+ dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3.
Menyentuh sedikit mengenai rekaan, Pixel 7a tampil dengan chasis yang diperbuat daripada 100% aluminium yang dikitar semula, panel belakang plastik dan ianya turut mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP67. Ianya tersedia didalam tiga warna iaitu Charcoal, Sea dan Snow.
Selain itu, Google Pixel 7a dijana cip Tensor G2, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB serta 5 tahun kemaskini keselamatan Android.
Bercakap mengenai kamera, Pixel 7a tampil dengan sensor utama 64MP dengan OIS yang membawakan ciri Super Res Zoom, sensor ultrawide 120° 13MP dengan pemfokusan Dual Pixel. Kamera selfie adalah 13MP.
Selain itu, Pixel 7a juga tampil dengan bateri 4,835mAh dengan pengecasan pantas 18W dan ianya turut menyokong pengecasan tanpa wayar juga pada kadar 18W.