Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y78+ kini rasmi dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 – harga sekitar RM 1,026

vivo V78+

vivo V78+

vivo secara rasminya telah mengumumkan vivo Y78+ sebuah telefon pintar kelas entry level yang tampil dengan skrin paparan AMOLED dan bateri yang besar.

Vivo Y78+ memiliki skrin curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 1,300nits serta sensor capjari dalam skrin.

Selain itu, vivo Y78+ dijana cip Snapdragon 695, bersama dua pilihan RAM LPDDR4X iaitu 8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah 128GB atau 256GB jenis UFS 2.2 dan ianya juga menyokong virtual RAM dengan OriginOS yang berasaskan Android 13.

vivo Y78+ kini rasmi dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 - harga sekitar RM 1,026 1

Beralih ke bahagian kamera, vivo Y78+ memiliki sensor utama 50Mp f/1.8 dengan OIS, sensor depth 2MP dan kamera selfie 8MP.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 44W.

vivo Y78+ akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu  Blue, Yellow dan Black pada harga dari CNY 1,599 (RM 1,026) sehingga CNY 1,899 (RM 1,219)

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.