Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lanjutkan promosi trade-in beli satu percuma satu bagi pembelian Galaxy S23 Ultra sehingga 30 April

Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung telah mengumumkan lanjutan promosi trade-in beli satu percuma satu yang membolehkan anda menerima satu unit Galaxy S23 (128GB) secara percuma apabila anda membeli Samsung Galaxy S23 Ultra dengan menukar telefon pintar Ultra anda yang lama.

Mekanisma tawaran ini adalah anda harus membeli Samsung Galaxy S23 Ultra pada harga yang bermula dari RM 5,699 dan menukar (trade-in) salah satu daripada lima model yang terpilih iaitu Samsung Galaxy Note20 Ultra Galaxy S20 Ultra,  Galaxy S21 Ultra atau Galaxy S22 Ultra yang membolehkan anda menerima satu unit Samsung Galaxy S23 (128GB) secara percuma.

Samsung lanjutkan promosi trade-in beli satu percuma satu bagi pembelian Galaxy S23 Ultra sehingga 30 April 1

Selain itu, bagi penukaran Samsung Galaxy Note20 Ultra atau Galaxy S20 Ultra, anda dikehendaki melakukan bayaran tambahan sebanyak RM 399, RM 699 bagi penukaran Galaxy Note10+, RM 199 bagi penukaran Galaxy S21 Ultra dan tiada bayaran tambahan diperlukan bagi penukaran Galaxy S22 Ultra.

Jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk merasai ciri dan teknologi terbaik pada Samsung Galaxy S23 Ultra, sambil menikmati kemudahan tambahan untuk memiliki dua telefon pintar baharu.

maklumat lanjut layari laman Samsung Malaysia

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S23 Ultra – Kombinasi Prestasi dan Kamera yang lebih Ultra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.