realme C55 – Telefon Pintar Leap to Champion yang mengegar pasaran Malaysia dengan ciri-ciri terbaik segmen pada harga berbaloi serendah RM 699
realme C Series pada tahun 2023 bukan realme C Series yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini kerana syarikat pengeluar telefon pintar popular global ini telah menyatakan komitmen untuk menawarkan sekurang-kurangnya satu ciri terbaik segmen dari segi teknologi kamera, storan dalaman, teknologi pengecasan dan rekaan.
Menariknya, realme C55 adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan kemaskini strategik baharu dan ianya turut dikatakan sebagai telefon pintar realme C Series dengan penambahbaikan terbesar dalam sejarah siri telefon pintar ini.
Ini kerana realme C55 bukan hanya tampil dengan satu ciri terbaik segmen malah realme telah melengkapkan telefon pintar ini dengan 3 ciri terbaik pada segmen harga ini yang membuktikanya sebagai sebuah peranti Leap to Champion.
Sensor Kamera 64MP dengan kuasa AI
realme C55 memecah kekangan segmen pasaran dengan penggunaan sensor 64MP yang menjadikanya sebagai satu-satunya model didalam tahap harga ini untuk tampil dengan sensor yang membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih kualiti dan sempurna.
Sensor 64MP yang digunakan realme C55 adalah sensor yang kebiasaanya digunakan pada model flagship termasuk pada model realme GT Master Edition.
Jika dibandingkan dengan sensor 50MP yang ditawarkan oleh kebanyakkan model pesaing dipasaran, realme C55 menjanjikan pengguna gambar yang lebih tajam dan tidak kabur walaupun ketika zoom.
Selain itu, realme C55 juga boleh menjadi peranti terbaik untuk anda menghidupkan fotografi waktu malam kerana syarikat ini telah menyertakan algoritma mod malam yang sama seperti pada telefon pintar flagship sekaligus memberikan anda hasil gambar malam yang memuaskan mata.
Tidak setakat itu, realme C55 juga menjadi satu-satunya model realme C Series untuk diberikan ciri pengambilan gambar Street Photography yang memberikan anda asas terbaik untuk menterjemahkan kreaviti anda melalui mod penggambaran jalan eksklusif ini.
Storan Dalaman lebih besar
realme C55 merupakan model pertama realme C Series untuk menampilkan kombinasi RAM dan storan dalaman setaraf kelas flagship iaitu 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Storan dalaman 256GB bermaksud pengguna tidak akan menghadapi sebarang masalah kekurangan storan didalam tempoh jangka masa panjang. Untuk rujukan, storan 256GB pada telefon pintar Leap to Champion ini membolehkan anda menyimpan tidak kurang dari 53,000 keping gambar, 860 episod rancangan TV kegemaran anda, memuatnaik 860 aplikasi atau sehingga 70 aplikasi permainan video popular dipasaran.
Selain itu, pengguna realme C Series pasti teruja untuk mengetahui bahawa realme C55 juga dilengkapi teknologi Dynamic RAM Expansion yang mengubah storan menjadi RAM untuk mengekalkan prestasi optimum peranti.
Ini bermaksud, anda akan menikmati prestasi RAM yang hampir sama seperti telefon pintar yang memiliki 16GB RAM sekaligus membolehkan pembukaan aplikasi yang lebih pantas selain turut mengekalkan lebih aplikasi aktif dilatar belakang tanpa sedikitpun menjejaskan prestasi optimum realme C55 ini.
Pengecasan pantas 33W SUPERVOOC
realme C55 disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh walaupun memiliki profil telefon pintar yang nipis iaitu hanya 7.89mm.
Ini membolehkan pengguna menikmati penggunaan bateri yang lebih tahan lama tidak kira dari segi aspek gaming, hiburan atau kerja rasmi pejabat.
Walaubagaimanapun, realme juga telah melengkapkan telefon pintar terbaik realme C Series setakat ini dengan pengecasan pantas terpantas didalam segmen harga yang dijual.
Apabila dibandingkan dengan realme C35, pengecasan pantas yang disertakan membolehkan realme C55 dicaj penuh hampir satu kali ganda lebih pantas.
Selain itu, pengecasan pantas 33W SUPERVOOC memberikan realme C55 kebolehan untuk mencapai pengecasan ke tahap 50% didalam masa 29 minit sahaja manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 63 minit.
Dalam pada itu, bagi memastikan keselamatan peranti dan pengguna sentiasa terjamin, realme C55 juga dilengkapi sistem perlindungan pengecasan lima teras pintar.
Harga dan Promosi Jualan
realme C55 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 bagi versi 8/128GB dan RM 799 bagi versi 8/256GB yang menjanjikan nilai belian terbaik kepada pengguna.
realme C55 telah dibuka untuk pra-tempahan dari 28 Mac sehingga 30 Mac 2023 di realme Brand Store dengan setiap pembelian akan menerima realme Buds 2 Neo & 6 bulan tambahan waranti bernilai RM 129 secara percuma.
Dalam pada itu, jualan pertama realme C55 di realme Brand Store dan wakil pengedar rasmi akan bermula dari 31 Mac hingga 6 April dan ianya akan disertakan dengan 6 bulan tambahan waranti.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan realme C55 di stor rasmi realme Malaysia di Lazada dan Shopee bermula 31 Mac 2023 dimana setiap pembelian akan menerima realme Buds 2 Neo, 6 bulan tambahan waranti dan kunci rantai realme. Pembelian di stor realme di TikTok pula akan menerima realme Buds 2 Neo.
Sempena meraikan pelancaran realme C55, realme turut mengumumkan roadshow realme Leap to Champion .
roadshow ini akan berlangsung di Sunway Velocity bermula dari 31 Mac hingga 2 April dan di Genting Highland dari 7 April hingga 9 April.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik termasuk penampilan istimewa artis popular tempatan seperti MK K-Clique dan Khai Bahar, cabutan bertuah, promosi jualan, ruang percubaan produk selain turut berpeluang memenangi hadiah sehingga RM30,000!
Untuk maklumat lanjut mengenai roadshow realme Leap to Champion ini, sila kunjungi Facebook realme Malaysia di https://www.facebook.com/realmeMalaysia/