Samsung Galaxy A34 dan A54 kini rasmi dengan skrin Super AMOLED 120Hz dan kamera yang lebih baik
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu telefon pintar kelas midrange Galaxy A Series iaitu Samsung Galaxy A34 dan Galaxy A54.
Samsung Galaxy A54 adalah model yang lebih kompak dimana ianya memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta sokongan Vision Booster.
Dalam pada itu, Galaxy A34 pula memiliki panel skrin Super AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster.
Samsung Galaxy A54 dikuasakan dengan cip 5mm Exynos 1380 manakala Galaxy A34 pula tampil dengan cip daripada MediaTek iaitu Dimensity 1080 namun kedua peranti ini disertakan bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB (dipasaran Malaysia).
Selain itu, kedua model ini tampil dengan pensijilan IP67, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.
Beralih ke kamera, Samsung Galaxy A54 memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor makro 5MP. Terdapat juga kamera selfie 32MP pada bahagian hadapan.
Seterusnya , Samsung Galaxy A43 memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 5MP. Terdapat juga kamera selfie 13MP pada bahagian hadapan.
Harga Samsung Galaxy A34 dan Galaxy A54 bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan namun pelancaran akan berlangsung didalam waktu terdekat.
Samsung Galaxy A54 5G akan tersedia dalam empat pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White manakala Galaxy A34 5G hadir didalam empat pilihan warna iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver.