Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple mula jual iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max yang diperbaharui

Selepas mula menjual telefon pintar Apple iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang diperbaharui (refurbished) secara rasmi di pasaran Eropah pada bulan Januari, Apple kini telah mula menawarkan telefon pintar iPhone iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max yang diperbaharui ini di Amerika Syarikat.

Apa yang agak mengecewakan adalah unit ini tidak menawarkan penjimatan yang besar berbanding set baharu kerana harga yang ini adalah hanya antara $150 hingga $180 lebih rendah.

Dalam pada itu, iPhone 13 Pro Max yang diperbaharui pula dijual pada harga yang antara $200 hingga $230 lebih rendah berbanding unit baharu.

Menyentuh sedikit mengenai unit yang diperbaharui ini, ianya akan hadir dengan chasis luaran baharu, jaminan satu tahun daripada Apple dan penghantaran percuma.

Kesemua unit ini juga akan diuji sepenuhnya dan digantikan dengan alat ganti tulen serta melalui proses pembersihan yang menyeluruh.

Seterusnya, setiap unit iPhone yang diperbaharui ini juga akan hadir didalam kotak jualan baharu yang disertakan dengan kabel pengecasan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.