Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Ear (2) disahkan akan menyokong LHDC 5.0 dan pensijilan IP54

Pengasas Nothing, Carl Pei telah memberikan temuramah menyeluruh kepada Forbes dan dia telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai Nothing Ear(2).

Earbuds terbaru Nothing ini akan menyokong LHDC 5.0 (Low Latency HD Audio Codec) yang bermaksud audio hi-res boleh dimainkan sepenuhnya melalui Bluetooth.

Selain itu, Nothing Ear (2) juga telah disahkan akan mempunyai perlindungan dari habuk dan kali air yang memberikanya pensijilan IP54.

Dalam pada itu, Nothing juga mengesahkan bahawa tenaga kerja yang berkerja pada projek Ear (2) adalah 30% lebih banyak iaitu 700 kakitangan.

Selain itu, jumlah ujian yang dijalankan juga lebih banyak iaitu sebanyak 120 model telefon pintar dan komputer riba berbanding hanya 70 pada Ear (1).

Nothing Ear (2) akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac ini dan siaran langsung pelancaran ini boleh ditonton secara langsung.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.