Prestasi Gaming lebih baik dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy pada Samsung Galaxy S23 Ultra
Samsung Galaxy S23 Series telah tiba di Malaysia baru-baru ini dengan penambahbaikan menyeluruh berbanding generasi sebelum ini.
Selain menjanjikan fotografi terbaik hasil penggunaan sensor 200MP, Samsung Galaxy S23 Ultra juga memberikan tumpuan utama kepada prestasi peranti ketika gaming.
Fotografi Multiple Expore dengan Expert RAW pada Samsung Galaxy S23 Ultra – hasil luar biasa
Telefon pintar hari ini haruslah mampu memenuhi keperluan kehidupan kita yang sibuk sama ada pada permainan, hiburan, tugas menguruskan dokumen kerja atau menerima panggilan penting.
Untuk memastikan segala ini adalah sesuatu yang boleh dikecapi, Samsung Galaxy S23 Ultra telah dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, cipset Snapdragon terpantas yang dioptimumkan secara eksklusif untuk Samsung dengan kerjasama Qualcomm.
Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dihasilkan untuk menawarkan pengguna prestasi peranti terbaik untuk memperkasakan kerja dan permainan pengguna.
Dalam pada itu, aspek sistem penyejukan juga telah diberi perhatian khas pada generasi kali ini dan Samsung telah meningkatkan saiz ruang wap memastikan pengalaman anda pada aplikasi berat seperti permainan mudah alih dan aplikasi produktiviti adalah lancar dan stabil.
Peranti siri Galaxy S23 menggunakan Vapor Chamber dengan prestasi pelesapan haba yang dipertingkatkan dan Samsung juga telah meluaskan kawasan liputan Vapor Chamber ini antara 1.4 hingga 2 kali ganda berbanding model sebelumnya.
Selain itu, Galaxy S23 Ultra juga dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang hebat tanpa meningkatkan saiz peranti walaupun dengan sensor kamera yang lebih besar dan ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 45W dan pengecasan tanpa wayar.
Samsung Galaxy S23 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,699 dan terdapat promosi menarik yang ditawarkan oleh Samsung.
Untuk promosi terbaru Samsung sila lihat di SINI