Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OnePlus 11 5G – Kembalinya sebuah peranti flagship killer

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 1

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 2Pengenalan

OnePlus, jenama telefon pintar popular yang merupakan syarikat yang telah mengubah landskap pasaran telefon pintar global dengan pelancaran telefon pintar flagship killer pada tahun 2003.

Selepas hampir 10 tahun, OnePlus kini boleh dikategorikan sebagai sebuah jenama yang lebih memfokuskan kepada penawaran telefon pintar premium melalui siri flagship dan kelas pertengahan melalui siri Nord.

Memandang ke hadapan, pelancaran OnePlus Cloud 11 pada 7 Februari yang lalu juga telah membuktikan bahawa OnePlus mempunyai hasrat untuk mengembangkan portfolio produk mereka dengan pelacaran produk seperti televisyen, tablet dan papan kekunci.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 3

Walaubagaimanapun, tumpuan sudah pastinya diberikan kepada OnePlus 11 5G, telefon pintar flagship premium syarikat ini yang akan menjadi produk hero untuk menempuh tahun 2023 yang dijangka akan lebih mencabar kepada semua pengeluar telefon pintar secara umumnya.

OnePlus 11 5G juga meneruskan kerjasama syarikat ini dengan Hasselblad selepas OnePlus 10 Series dan kami amat teruja untuk mencuba dan mengetahui kemampuan fotografi telefon pintar ini melalui ulasan yang kami lakukan ini.

Berikut adalah ulasan OnePlus 11 5G yang telah dilancarkan untuk pasaran global dan akan sampai ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 4

Reka Bentuk

Secara tradisinya, telefon pintar kelas flagship OnePlus tampil dengan reka bentuk yang premium dan OnePlus 11 5G juga tidak terkecuali untuk mengekalkan rekod ini.

OnePlus 11 5G hadir dengan reka bentuk unibodi yang sangat elegan tidak kira dari sudut mana anda melihatnya.

Paling mencuri tumpuan adalah reka bentuk modul kamera keluli yang tampil didalam warna krom dan ianya juga mempunyai kemasan yang terbina sekali dengan chasis dan ini memberikan telefon pintar ini ketebalan 8.53mm.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 5

Selain itu, kemasan kamera ini juga mempunyai corak bergerigi pada bulatan luar kamera manakala logo Hasselblad pula diletakkan diantara 4 bulatan yang menempatkan tiga sensor gred flagship dan satu lampu flash LED.

Dalam pada itu, OnePlus 11 5G tampil dengan penggunaan panel belakang berasaskan gelas yang mana ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Glass 5.

Seterusnya, OnePlus 11 5G hadir didalam dua kemasan yang menarik iaitu Titan Black dan Eternal Green seperti unit ulasan kami.

Warna Eternal Green ini tampil dengan kemasan berkilat yang kesan capjari amat mudah untuk ‘melekat’ namun pembersihan panel ini adalah sangat mudah.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 6

Pada bahagian sisi, chasis keluli OnePlus 11 5G ini hadir kemasan warna krom yang sangat elegan dan potongan ini turut melibatkan modul kamera yang memberikan penampilan lebih uniform dan premium.

Dalam pada itu, pada sisi kanan peranti, OnePlus 11 5G kembali menawarkan Alert Slider yang sangat ikonik bagi jenama ini dan terdapat juga butang kuasa.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 7

Pada sisi kiri pula, OnePlus 11 5G mempunyai butang kelantangan suara manakala pada bahagian bawah terdapat SIM tray, slot USB-C dan gril pembesar suara ‘Dual Reality’ dengan sokongan Dolby Atmos yang mempunyai struktur akustik seperti pada komputer riba premium.

Dari segi ergonomik, OnePlus amat selesa untuk digunakan khususnya dengan rekaan melengkung pada sisi walaupun peranti ini boleh dikatakan agak berat pada 205 gram.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 8

Skrin Paparan

OnePlus 11 5G tampil dengan skrin paparan 2K Super Fluid AMOLED berukuran 6.7-inci yang merupakan sebuah panel 10-bit dengan kemampuan untuk memaparkan 1.07 bilion warna.

Skrin paparan OnePlus 11 5G ini adalah panel jenis LTPO 3.0 yang menawarkan pengalaman skrin terbaik mengikut situasi penggunaan tertentu.

Selain itu, panel ini juga menyokong kadar segar semula maksima 120Hz namun kelebihan panel LTPO 3.0 ini adalah ianya mampu menurunkan kadar segar semula serendah 1Hz dan maksima pada kadar 120Hz.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 9

Dalam pada itu, OnePlus 11 5G juga merupakan antara telefon pintar Android pertama untuk menyokong Dolby Vision HDR untuk meningkatkan pengalaman skrin dengan gambar yang menakjubkan yang menghidupkan hiburan semasa dalam perjalanan anda.

Apabila anda menikmati kandungan dalam Dolby Vision, anda akan mengalami kecerahan, kontras, warna dan perincian yang luar biasa dan imersif.

Akhir sekali, untuk hiburan dan pengalaman skrin yang lebih menakjubkan, OnePlus 11 5G juga disertakan dengan pembesar suara ‘Dual Reality’  yang mempunyai struktur akustik sama seperti pada sesetengah komputer riba premium.

Pengalaman ini dipertingkatkan lagi dengan sokongan Dolby Atmos, yang membawa pengalaman audio OnePlus 11 5G ke tahap baharu samada melalui pembesar suara  atau fon kepala Bluetooth.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 10

Pemproses

Sebagai peranti kelas flagship premium, OnePlus 11 5G sudah pastinya perlu hadir dengan cipset terbaik dipasaran dan syarikat ini menepati permintaan ramai dengan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Snapdragon 8 Gen 2 menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 35% manakala kecekapan tenaga pula adalah 40% lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan ianya juga digandingkan dengan teknologi memori terkini dipasaran iaitu LPDDR5X dan UFS 4.0.

Bagi pasaran global, OnePlus 11 5G akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 8GB/128GB atau 16/256GB dan ianya turut disertakan dengan ciri RAM-Vita.

RAM-Vita RAM-Vita ialah teknologi pembelajaran mesin dalaman yang mempercepatkan setiap lapisan proses peruntukan RAM termasuk memilih RAM yang telah digunakan, melepaskannya daripada tugasan semasa dan pengagihan semula  RAM ini kepada tugas berat lain.

Ia juga memastikan RAM yang mencukupi dikekalkan untuk aplikasi “keutamaan” terpilih AI seperti aplikasi kamera di mana 500MB-1GB diperuntukkan untuk memudahkan pengalaman kamera yang lebih baik tanpa sebarang lag.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 11

Beralih kepada antaramuka, OnePlus 11 5G tampil dengan sistem operasi OxygenOS 13 namun versi terbaru OxygenOS ini boleh dikatakan berlainan daripada generasi sebelum ini malah lebih mirip kepada ColorOS.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 12

Walaubagaimanapun, OxygenOS terbaru ini masih menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar tanpa sebarang masalah pada penggunaan harian lengkap dengan ciri penuh Android 13.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 13

Selain itu, antara ciri yang masih diwarisi daripada OxygenOS yang asal adalah ciri Always-On yang merupakan ciri Always On dengan penggunaan tenaga paling rendah dipasaran.

Mod Alway-On OnePlus 11 5G ini beroperasi pada kadar 1Hz iaitu 30% lebih cekap tenaga berbanding ciri Always-On 30Hz yang biasa digunakan pada telefon pintar lain dipasaran.

Seterusnya, OnePlus juga telah menyatakan komitmen untuk menawarkan 4 kemaskini OxygenOS dan 5 tahun kemasini keselamatan Android yang bermaksud telefon pintar ini akan menerima kemaskini sehingga OxygenOS 17 yang berasaskan Android 17.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 14

Kamera

Jika beberapa tahun lalu, telefon pintar OnePlus terkenal dengan penawaran prestasi terbaik bersama sistem operasi Android yang setaraf pada Google Pixel namun OnePlus telah memeterai kerjasama dengan jenama kamera ikonik Hasselblad yang membolehkan kemampuan kamera telefon pintar flagship OnePlus dipertingkatkan.

Walaubagaimanapun, mengharapkan kemajuan serta merta adalah sesuatu yang mustahil namun generasi ketiga sistem kamera yang mendapat sentuhan Hasselblad mempunyai peningkatan yang baik.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 15

OnePlus 11 5G mempunyai sensor utama 50MP Sony IMX890 yang terbukti kemampuanya dan sensor ini juga mempunyai OIS dan aperture f/1.8. Hasil gambar daripada sensor ini mempunyai outpu 12.5MP iaitu selepas proses pixel binning dan gambar yang diambil juga sangat cerah, berkualiti tanpa sebarang kekaburan yang ketara.

Bercakap mengenai sensor telefoto OnePlus 11 5G ini, ianya adalah sensor baharu 32MP Sony IMX790 yang menawarkan 2x zoom optik dengan aperture f/2.0.

Seterusnya adalah sensor ultrawide 48MP yang mempunyai pemfokusan auto dan 115° FoV dan pemfokusan auto membolehkan gambar ‘close-up’ dan makro diambil dengan lebih berkualiti.

Tidak lupa, kesemua sensor kamera ini telah melalui proses kalibrasi warna Hasselblad dan terdapat juga sensor 13 saluran untuk warna dan imbangan cahaya putih yang dipertingkatkan.

Selain itu, insipirasi Hasselbad juga digunakan pada aplikasi kamera dimana butang shutter kini tampil didalam warna oren dan terdapat beberapa filter yang juga mendapat sentuhan pakar dari jenama kamera lagenda ini.

Secara keseluruhan, kematangan sistem kamera OnePlus 11 5G tanpa jelas untuk dilihat dengan hasil gambar yang berkualiti tinggi walaupun ketika diuji pada  pelbagai keadaan cahaya.

Berikut adalah hasil gambar yang diambil melalui OnePlus 11 5G :

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 36

Bateri

OnePlus 11 5G disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh namun ketahanan bateri generasi inu boleh dikatakan antara yang terbaik sejak beberapa tahun ini dan ianya mungkin turut dibantu dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang lebih cekap tenaga dan skrin LTPO 3.0.

Seperti yang dijangkakan pada telefon pintar OnePlus, OnePlus 11 5G juga memiliki sokongan pengecasan pantas iaitu 100W SUPERVOOC yang membolehkan pengecasan dari 0% ke 100% boleh diselesaikan didalam masa 22 minit sahaja.

Walaupun dilihat tidak setaraf pengecasan 150W SUPERVOOC yang ditawarkan pada OnePlus 10T, perbezaan antara kedua pengecasan ini untuk mencapai tahap 100% hanya berbeza sebanyak 3 minit.

Sesuatu yang mengecewakan adalah OnePlus 11 5G tidak menawarkan sebarang sokongan pengecasan tanpa wayar dan ini sudah pastinya kerana mahu mengurangkan kos yang akhirnya akan dinikmati oleh pengguna.

ULASAN : OnePlus 11 5G - Kembalinya sebuah peranti flagship killer 37

Penutup

OnePlus 11 5G boleh dikatakan sebagai peranti kelas flagship yang seimbang dengan memfokuskan beberapa aspek penting yang menjamin kepuasan pengguna.

Apabila dibandingkan dengan telefon pintar flagship lain dipasaran, OnePlus 11 5G dilihat akan mempunyai harga yang lebih berpatutan kerana harga bagi pasaran Malaysia mungkin berada pada kadar antara RM 3,500-RM 4,000 yang meletakkan telefon pintar ini sebagai sebuah peranti flagship killer 2023.

Lebih-lebih lagi, selepas beberapa tahun menyaksikan pretasi tidak menentu pada telefon pintar kelas flagship OnePlus, OnePlus 11 5G mempunyai potensi untuk memenangi semula hati pengguna.

Menariknya, OnePlus 11 5G mungkin bukan sebuah flagship yang lengkap dari semua sudut namun skrin LTPO 3, cip Snapdragon 8 Gen 2, sistem kamera Hasselblad, jangka hayat bateri yang lebih baik dan pembesar suara setaraf pada komputer riba premium menjanjikan pengguna akan puas memiliki telefon pintar ini.

Akhir sekali, OnePlus 11 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.