Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9a 5G disahkan memiliki bateri 5,100mAh bersama pengecasan SuperCharge 40W

Honor X9a 5G disahkan memiliki bateri 5,100mAh bersama pengecasan SuperCharge 40W 1

Honor X9a 5G disahkan memiliki bateri 5,100mAh bersama pengecasan SuperCharge 40W 2

Honor X9a 5G akan dilancarkan di Malaysia didalam masa seminggu sahaja lagi dan Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan bateri yang menawarkan sehingga 2 hari penggunaan didalam satu pengecasan penuh.

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa Honor X9a 5G akan memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dan untuk menguji ketahanan bateri ini pada senario pengunaan sebenar, ianya telah dipertanggungjawabkan kepada jaguh badminton negara iaitu Aaron Chia dan Wooi Yik.

Kemampuan bateri HONOR X9a 5G bertahan sehingga dua hari telah menerima pujian Aaron dan Wooi Yik.

Video tersebut boleh disaksikan di pautan ini: https://www.facebook.com/HonorMY/videos/608295184632705

Honor X9a 5G disahkan memiliki bateri 5,100mAh bersama pengecasan SuperCharge 40W 3

 Selain bateri 5,100mAh, Honor X9a 5G juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas  HONOR SuperCharge 40W.

Dalam pada itu, Honor juga telah mengesahkan bahawa HONOR X9a 5G dapat mengekalkan 80%  kapasiti maksimum bateri ini walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan, melebihi paras am industri iaitu antara 500 hingga 800 kitaran pengecasan sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.