Ciri Apple Emergency SOS melalui Satelite berjaya selamatkan seorang yang terkandas di Alaska
Apple baru-baru ini telah mula menawarkan ciri Emergency SOS melalui satelite pada Apple iPhone 14 Series di Amerika Syarikat dan Kanada.
Satu laporan terbaru mendakwa bahawa ciri ini telah membantuk menyelamatkan seorang yang terkandas di Nimiuk Point, Alaska.
Jabatan Keselamatan Awam Alaska mengeluarkan penghantaran laporan, yang menjelaskan seorang penunggang kereta saljj yang terkandas telah diselamatkan oleh Alaska State Troopers pada 1 Disember jam 2 pagi waktu tempatan selepas dia mengaktifkan fungsi SOS Kecemasan pada iPhone 14 Series miliknya.
Laporan ini juga menjelaskan bahawa Pusat Tindak Balas Kecemasan Apple telah menghubungi jabatan Mencari dan Menyelamat Northwest Arctic Borough dengan koordinat tepat GPS mangsa yang terkandas dan 4 sukarelawan telah dihantar untuk operasi mencari mangsa tersebut.
Ciri SOS kecemasan Apple melalui satelite ini ditawarkan kepada pengguna iPhone 14 Series di Amerika Syarikat dan Kanada secara percuma untuk dua tahun pertama dan ianya akan turut ditawarkan di Perancis, Jerman, Ireland dan United Kingdom bulan ini.
Ciri ini adalah percuma untuk 2 tahun pertama namun yuran langganan akan dikenakan selepas itu.