Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 6D – Era baru ROG Phone bersama MediaTek bermula dengan positif

Pengenalan

Asus Republic of Gamers, sebuah nama popular di arena  gaming global kini kembali lagi dengan satu lagi telefon pintar gaming yang tampil dengan satu perubahan drastik pada segmen Asus ROG Phone.

Selepas secara eksklusifnya menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon, Asus menyambut peluang untuk memberikan pengguna satu pilihan alternatif dengan menggunakan cipset premium daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000+.

Asus ROG Phone 6D adalah model yang kami maksudkan dan D pada nama peranti ini mungkin merujuk kepada Dimensity yang merupakan nama siri cipset yang digunakan pada telefon pintar ini.

Selain Asus ROG Phone 6D, Asus juga telah melancarkan Asus ROG Phone 6D Ultimate dan Asus ROG Phone 6 Batman Edition untuk peminat ROG di Malaysia.

Asus ROG Phone 6D kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 dan ianya ditawarkan didalam satu varian sahaja iaitu 12/256GB dengan kemasan warna Space Gray yang agak unik.

Apakah kelainan dan kemampuan yang dibawa oleh Asus melalui ROG Phone 6D ini?, jom baca ulasan kami dengan lebih lanjut untuk mengetahuinya.

Buka Kotak

Kotak ASUS ROG Phone 6D ini tidak mempunyai sebarang perbezaan ketara dengan kotak ASUS ROG Phone 6 dengan isi kandungan kotak juga tidak ‘se-meriah’ kotak ASUS ROG Phone 6/6D Ultimate.

ASUS ROG Phone 6D mempunyai kad VR yang memberikan animasi menarik ketika kali pertama peranti digunakan dan terdapat juga adapter pengecasan dan kabel pengecasan USB-C ke USB-C yang ditenun.

Agak mengecewakan juga, tiada kipas AeroActive 6 yang hanya ditawarkan didalam kotak ROG Phone 6D namun ianya masih boleh dibeli berasingan.

p/s AeroCase turut disertakan didalam kotak.

Reka Bentuk

Sejak beberapa generasi, ASUS boleh dikatakan mengekalkan penggunaan reka bentuk yang hampir sama pada ROG Phone dan model terbaru ini juga tidak terkecuali.

Walubagaimanapun, ASUS ROG Phone 6D tampil didalam Space Gray yang memiliki kemas matte dan ini merupakan kali pertama kemasan matte digunakan pada  ROG Phone Series.

Ini membolehkan ASUS ROG Phone 6D kekal bersih tanpa sebarang kesan capjari yang sangat jelas kelihatan pada generasi telefon pintar ROG sebelum ini.

Selain itu, ASUS ROG Phone 6D juga mempunyai logo ROG pada panel belakang yang menyokong kombinasi warna RGB yang sangat menyeluruh dan ianya juga menampilkan beberapa skema nyalaan yang boleh  ditetapkan mengikut kemahuan pengguna.

Seterusnya adalah satu lagi logo ‘Dare To Play’ yang juga tampil dengan tetapan sama seperti logo ROG dan ASUS juga menyertakan kemasan belakang ini dengan kombinasi warna biru turqoise pada gelung sensor kamera utama dan tulisan ROG.

Dalam pada itu, warna biru turqoise ini juga digunakan pada slot SIM dan butang kuasa yang mana ianya menggantikan warna merah yang digunakan pada generasi ROG Phone sebelum ini.

Seterusnya, bahagian sisi ROG Phone 6D ini juga mempunyai satu slot USB-C yang boleh digunakan untuk pengecasan ketika peranti digunakan pada mod landskap atau menggunakan aksesori ROG tambahan seperti AeroActive Cooler 6 yang harus dibeli berasingan.

Pada bahagian bawah, terdapat satu lagi slot USB-C, gril audio dan bicu audio 3.5mm yang masih dikekalkan walaupun ianya boleh dianggap sebagai tidak relevan namun peminat gaming

Akhir sekali, panel bekalang ASUS ROG Phone 6D juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3 yang digunakan pada beberapa generasi.

Skrin Paparan

Asus ROG Phone 6D tampil dengan skrin paparan OLED 165Hz yang mempunyai resolusi FHD+ (2248 x 1080p) dan panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Panel skrin berukuran 6.78-inci adalah keluaran Samsung dan ianya menawarkan pengguna satu paparan yang lebih terang walaupun dibawah cahaya mahatari yang terik iaitu dengan kecerahan maksima sehingga 1,200nits (800nits pada keadaan dibawah cahaya matahari).

Asus ROG Phone 6D  juga menawarkan kadar latensi sentuhan pada skrin paling rendah dipasaran iaitu hanya 24ms manakala latensi slide pula adalah 18ms.

Selain itu, tetapan skrin Asus ROG Phone 6D juga menawarkan anda pilihan untuk menetapkan kadar segar semula maksima yang anda rasa sesuai.

Anda boleh memilih kadar 60Hz, 120Hz, 144Hz, 165Hz atau memilih untuk menggunakan kadar segar semula yang dipilih secara automatik oleh sistem peranti bergantung kepada kandungan yang dipaparkan pada skrin dan anda boleh melihat tetapan ini pada bahagian atas skrin.

Selain itu, ASUS ROG Phone 6D juga mempunyai sensor capjari terbina didalam skrin yang disertakan dengan ‘machine learning’ yang akan memastikan prestasi pengesanan semakin baik dari semasa ke semasa.-

Akhir sekali, ROG Phone 6D juga menyokong paparan kandungan HDR10+ dan Widevine L1 yang bermaksud anda boleh menikmati kandungan pada kualiti terbaik diplatform penstriman seperti Netflix dan Amazon Prime Video.

Pemproses

Selepas mengekalkan penggunaan eksklusif cipset Qualcomm Snapdragon sejak kewujudan ASUS ROG Phone, ASUS ROG Phone 6D mencipta sejarah sebagai telefon pintar pertama ROG untuk tampil dengan cipset daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000+.

Berdasarkan generasi sebelum ini, cip MediaTek Dimensity 9000+ menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 5% manakala prestasi GPU adalah 10% lebih baik.

Selain itu, ASUS juga telah berjaya melakukan ‘overclock’ pada cip MediaTek Dimensity 9000+ ini dan ianya beroperasi pada kelajuan sehingga 3.35GHz berbanding hanya 3.2GHz pada versi biasa.

Selain itu, ASUS ROG Phone 6D ini ditawarkan dengan 12GB RAM jenis LPDRR5X yang mempunyai prestasi lebih  baik dan ianya disertakan bersama storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1

Dengan adanya pilihan cipset daripada pengeluar berbeza, pastinya ada perbandingan yang dilakukan dengan ASUS ROG Phone 6 yang tampil dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan berdasarkan penggunaan, ianya dilihat mampu memberikan prestasi yang hampir sama.

Bercakap mengenai antaramuka yang ditawarkan pada ASUS ROG Phone 6D ini, ASUS memberikan dua pilihan antaramuka yang boleh ditetapkan mengikut kemahuan anda iaitu ROG UI atau ZenUI yang memberikan anda pengalaman klasik sebuah peranti ASUS.

Bercakap mengenai pengurusan haba, ASUS membawakan sistem penyejukan GameCool 6 yang tampil dengan perubahan terbesar sejak sistem penyejukan digunakan pada ROG Phone. ASUS

telah mengubahsuai struktur dalaman untuk memberikan pelesapan haba yang lebih berkesan berbanding sebelum ini.

Selain itu, ASUS juga meletakkan komponen yang   mempunyai kadar penghasilan haba yang tinggi dibahagiam tengah antara dua sel bateri, satu terletak pada setiap sisi PCB utama, untuk memastikan titik panas utama tidak memberikan ketidakselesaan kepada jari anda semasa sesi gaming.

Selain GameCool 6, ASUS ROG Phone 6D juga mempunyai sokongan penggunaan kipas penyejuk AeroActive Cooler 6 yang mampu mengurangkan kepanasan peranti namun tidak sehebat pada ROG Phone 6D Ultimate yang mempunyai bukaan AeroActive Portal.

Secara keseluruhan, cip MediaTek Dimensity 9000+ terbukti mampu memberikan anda prestasi yang hampir setaraf ASUS ROG Phone 6 yang hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Kamera

ASUS telah memutuskan untuk kekal menggunakan sensor kamera yang sama seperti pada ROG Phone 6 Series iaitu satu pengunaan sensor utama 50MP Sony IMX766, satu sensor ultrawide 13MP dan sensor makro 5MP. Kamera selfie Asus ROG Phone 5s Pro ialah 12MP IMX663.

Walaupun tidak setaraf telefon pintar flagship lain dipasaran, ASUS memberikan sebuah sistem kamera yang sentiasa bersedia untuk menawarkan anda sebuah karya fotografi yang mampu memuaskan hati pengguna.

Berikut adalah sedikit hasil gambar yang diambil menggunakan Asus ROG Phone 6D  :

 

Bateri

Asus ROG Phone 6D memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh yang sama sejak beberapa generasi lalu.

Asus telah menggunakan dua sel bateri berkapasiti 3,000mAh berbanding satu sel bateri 6,000mAh pada Asus ROG Phone 3.

Selain itu, pengunaan dua sel bateri juga membolehkan Asus meningkatkan kadar pengecasan ROG Phone 6D  ke tahap 65W tanpa terlalu banyak pembebasan haba dan mengekalkan tahap kualiti bateri yang tahan lama.

Asus telah menggunakan teknologi pengecasan MMT iaitu Middle Middle Tab yang bermaksud pengecasan bateri bermula dari bahagian separa dalam berbanding dari luar dan ini dikatakan mengurangkan galangan dan suhu ketika pengecasan.

Selain itu, Teknologi pengecasan pantas ASUS HyperCharge yang kini pada kadar 65W mampu mencapai tahap pengecasan 70% dalam 30 minit manakala pengecasan penuh boleh diselesaikan didalam masa kurang dari 60 minit (Asus mendakwa pengecasan penuh boleh selesai dalam masa 52 minit).

Selain itu, Asus juga dilihat memberikan perhatian khas kepada jangka hayat bateri dengan pelbagai tetapan yang akan meningkatkan kitaran bateri telefon pintar gaming terbaru Asus ini.

Penutup

Selepas terikat dengan naga Snapdragon sejak wujudnya ASUS ROG Phone, ikatan ini telah berjaya dibuka dengan ROG Phone 6D Series yang tampil dengan cipset terbaik daripada MediaTek iaitu Dimensity 9000+.

Ini juga memberikan pengguna pilihan untuk mendapatkan varian yang mereka mahu mengikut tahap bajet mereka.

ASUS ROG Phone 6D kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 dan ianya boleh dibeli melalui pelbagai saluran jualan rasmi ASUS di seluruh negara yang termasuk di atas talian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.