Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus akan tawar 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan mulai 2023

OnePlus akan tawar 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan mulai 2023 1

OnePlus akan tawar 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan mulai 2023 2

OnePlus disahkan akan menawarkan sehingga 4 kemaskini utama Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan bagi beberapa model telefon pintar yang akan dilancarkan pada tahun 2023.

Pengesahan ini telah dibuat disidang meja bulat yang berlangsung di London baru-baru ini namun OnePlus tidak mendedahkan model yang tersenarai.

Berdasarkan spekulasi, OnePlus 11 Series dijangka akan menerima sokongan Android yang lebih lama namun status model lain masih tidak diketahui.

Untuk rekod, OnePlus 10 Series sehingga OnePlus 8 Series menerima 3 kemaskini utama Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan manakala OnePlus 7 Series dan OnePlus Nord Series pula menerima 2 kemaskini utama Android dan 3 tahun kemaskini keselamatan.

Ini bermaksud, OnePlus akan menjadi pengeluar telefon pintar kedua selepas Samsung untuk menawarkan 4 kemaskini Android kepada telefon pintar flagship keluaranya.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.