Honor Magic Vs kini rasmi dengan reka bentuk lebih ringan dan cip Snapdragon 8 Gen 1
Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu Honor Magic Vs yang tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan hasil penggunaan engsel yang lebih kompleks namun ini juga membolehkan peranti dilipat tanpa sebarang ruang diantara skrin.
Honor Magic Vs hadir dengan skrin paparan luaran Curved Nano Crystal Glass berukuran 6.45-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan nisbah 21:9 dan kecerahan maksima 1,000nits. Skrin ini juga mempunyai bezel sisi yang nipis dan ini memberikan kadar nisbah kepada skrin yang tinggi iaitu 90%.
Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic Vs memiliki skrin paparan berukuran 7.9-inci namun kadar segar semula yang dimiliki skrin ini adalah 90Hz dengan kecerahan maksima 800 nits. kedua-dua panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1 bilion warna.
Penambahan terbaru pada Honor Magic Vs adalah sokongan stylus Magic Pen yang disambungkan kepada telefon pintar melalui Bluetooth.
Selain itu, Honor Magic Vs masih hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 1 dengan OS Turbo X, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.
Beralih kepada kamera, Honor Magic Vs tampil dengan sensor utama 54MP IMX 800 dengan aperture f/1.9, sensor ultrawide 50MP yang juga menyokong fotografi makro dan sensor telefoto 8MP dengan 3x zoom optik. Kamera selfie pada panel skrin luaran adalah 16MP namun spesfikasi kamera selfie pada bahagian dalam tidak didedahkan.
Honor Magic Vs juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang terdiri daripada dua sel bateri dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang menawarkan 100% pengecasan didalam masa 46 minit sahaja.
Selain itu, Honor Magic Vs turut memiliki sensor capjari pada butang kuasa sisi, sistem sekuriti Dual TEE (Trusted Execution Environment) dibangunkan bersama Qualcomm, dual speaker IMAX dan antaramuka MagicOS 7.0 yang berasaskan Android 12.
Honor Magic Vs akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Cyan, Black dan Orange manakala warna dua lagi warna iaitu Gold dan Black yang hanya ditawarkan eksklusif pada varian tertinggi.
Honor Magic Vs akan ditawarkan pada harga bermula dari CNY 7,499 (RM 4,792) sehingga CNY 8,999 (RM 5,751)
Pelancaran antarabangsa Honor Magic Vs akan berlangsung pada suku pertama 2023.