Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember ini – spesifikasi premium

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 10 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember ini.

realme 10 Pro+ 5G merupakan model paling premium didalam keluarga realme 10 Series dan ianya adalah sebuah model yang dilihat mampu memberikan cabaran kepada kebanyakkan telefon pintar flagship.

realme 10 Pro+ 5G dilengkapi skrin paparan melengkung pada sisi yang memiliki bezel nipis 2.3mm sahaja. Skrin paparan realme 10 Pro+ 5G ini adalah OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Skrin ini mempunyai kecerahan maksima sehingga 800nits, HDR10+ dan kadar PWM Dimming 2160Hz.

Beralih kepada cipset, realme 10 Pro+ 5G dijana cip MediaTek Dimensity 1080, 12GB RAM + 12GB RAM virtual dan storan dalaman 256GB serta realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

Dalam pada itu, realme 10 Pro+ 5G memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

Beralih ke bateri, realme 10 Pro+ 5G memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W yang menawarkan 50% pengecasan didalam masa 17 minit sahaja.

realme 10 Pro+ 5G akan dibuka untuk pra-tempahan tidak lama lagi dan setiap pra-tempahan akan menerima satu unit realme Band 2 (bernilai RM169), tambahan waranti sehingga dua (2) tahun (bernilai RM59) dan satu kad gores & menang – dengan sejumlah 9 kategori produk untuk dimenangi (bernilai sehingga RM2,999).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.