Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Ace Pro Edisi Genshin Impact kini rasmi

OnePlus Ace Pro merupakan telefon pintar flagship syarikat ini untuk pasaran China dan ianya adalah model yang sama seperti OnePlus 10T yang dijual dipasaran antarabangsa.

Terbaru, OnePlus Ace Pro kini ditawarkan didalam edisi terhad Genshin Impact yang tampil dengan beberapa penambahan khusus untuk peminat permainan video popular ini.

Kotak pembungkusan OnePlus Ace Pro ini tampil penuh barangan bertemakan Genshin Impact antaranya adalah pelekat, poster, case, adapter pengecasan dan baucar untuk pembelian di OPPO Store.

Selain itu, OnePlus Ace Pro Genshin Impact ini juga tampil dengan rekaan panel belakang bertemakan permainan video ini dan terdapat juga animasi khas dan warna yang tersuai.

Dalam pada itu, OnePlus Ace Pro ini juga tampil dengan spesifikasi dalaman yang sama iaitu 16GB RAM, 512GB storan dalaman, ColorOS 12.1 dan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

OnePlus Ace Pro edisi Genshin Impact akan ditawarkan pada harga CNY 4,299 atau sekitar RM 2,787 namun harapan untuk menyaksikan ianya ditawarkan di luar pasaran China adalah tipis.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.