Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix Note 12 2023 dengan storan 256GB kini ditawarkan- harga promosi RM 799

Infinix Note 12 2023 dengan storan 256GB kini ditawarkan- harga promosi RM 799 7

Infinix Note 12 2023 telah ditawarkan di Malaysia mulai 7 Oktober lalu dan kini syarikat ini telah mengumumkan penawaran versi 256GB.

Infinix Note 12 2023 ini juga dikenali sebagai Infinix Note 12 2023 Anti Lag-Lag Club dan Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara untuk menerima model ini.

Infinix Note 12 2023 dengan storan 256GB kini ditawarkan- harga promosi RM 799 8

Infinix Note 12 2023 hadir dengan skrin paparan True Colour AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ yang mempunyai gamut warna DCI-P3 100% bersama rekaan yang nipis iaitu hanya 7.8mm.

Selain itu, Infinix Note 12 2023 juga dijana dengan cip MediaTek Helio G99 yang merupakan cip 6nm berprestasi tinggi dengan 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan ciri Extended RAM yang memberikan tambahan 5GB RAM. Infinix Note 12 2023 juga tampil dengan Monster Gaming Kit untuk pengalaman gaming terbaik.

Infinix Note 12 2023 dengan storan 256GB kini ditawarkan- harga promosi RM 799 9

Beralih kepada kamera, Infinix Note 12 2023 memiliki sensor utama 50MP Ultra Night bersama sensor depth 2MP dan sensor AI. kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, telefon pintar terbaru Infinix ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Infinix Note 12 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Volcanic Grey, Tuscany Blue dan Alpine White yang boleh dibeli pada harga istimewa RM 799 (RRP RM 899) sahaja di Shopee pada 27 Oktober hingga 29 Oktober 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.