Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple AirPods Pro 2 kini rasmi dengan ciri Spatial Audio dan ciri ANC 2 kali lebih baik – harga RM 1,099

Apple AirPods Pro 2 kini rasmi dengan ciri Spatial Audio dan ciri ANC 2 kali lebih baik - harga RM 1,099 1

Apple AirPods Pro 2 kini rasmi dengan ciri Spatial Audio dan ciri ANC 2 kali lebih baik - harga RM 1,099 2

Apple secara rasminya telah melancarkan TWS flagship terbaru syarikat ini iaitu Apple AirPods Pro 2 menggantikan Apple AirPods Pro yang telah beberapa tahun dipasaran.

Apple AirPods Pro 2 kini rasmi dengan ciri Spatial Audio dan ciri ANC 2 kali lebih baik - harga RM 1,099 3

Apple AirPods Pro 2 tampil dengan cip H2 dengan pemacu ‘low distortion’ dan papan amp yang menyokong frekuensi bunyi yang lebih menyeluruh.

Apple AirPods Pro 2 kini rasmi dengan ciri Spatial Audio dan ciri ANC 2 kali lebih baik - harga RM 1,099 4

Selain itu, reka bentuk Apple AirPods Pro 2 kekal sama seperti AirPods 2 iaitu dengan rekaan in-ear dan earbuds bertangkai namun kini tampil dengan sensor sesentuh untuk pelarasan bunyi.

Dalam pada itu, Apple AirPods Pro 2 mempunyai ciri Spatial Audio yang lebih baik dengan fungsi Spatial Audio yang ditetapkan dengan menggunakan kamera True Depth yang mengimbas bentuk dan saiz telinga.

Apple AirPods Pro 2 kini rasmi dengan ciri Spatial Audio dan ciri ANC 2 kali lebih baik - harga RM 1,099 5

Apple juga mendakwa generasi baharu ini tampil dengan ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) yang 2 kali ganda lebih baik berbanding Apple AirPods Pro dan terdapat juga ciri Adaptive Transparency.

Apple AirPods Pro 2 akan menawarkan 6 jam pendengaran melalui earbuds dan ianya boleh ditingkatkan ke 30 jam dengan bekas pengecasan yang kini juga boleh dicaj tanpa wayar menggunakan pengecas tanpa wayar Qi, MagSafe atau pengecas Apple Watch.

Apple AirPods Pro 2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 namun tarikh jualan masih belum diumumkan

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.