Sony Xperia 5 IV kini rasmi pada harga sekitar RM 4,800
Sony secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru Xperia 5 Series iaitu Sony Xperia 5 IV.
Sony Xperia 5 IV memiliki skrin paparan OLED berukuran 6.1-inci dengan resolusi 1080×2520 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga 50% lebih cerah berbanding generasi sebelum ini.
Sony Xperia 5 IV dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB namun terdapat slot microSD dan bicu audio 3.5mm.
Selain itu, Sony Xperia 5 IV juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 30W PD Charger yang membolehkanya mencapai kapasiti 50% didalam masa 30 minit sahaja. Sony juga mendakwa kapasiti bateri akan kekal sama sehingga 3 tahun.
Walaubagaimanapun, tiada adapter dan kabel USB disertakan dalam kotak namun ianya menyokong pengecasan tanpa wayar.
Bercakap mengenai kamera, Sony Xperia 5 IV memiliki tiga sensor 12MP iaitu sensor ultra wide 16mm 1/2.5″, sensor wide 24mm 1/1.7″ dan sensor telefoto 60mm.
Kesemua lensa juga mempunyai pemfokusan auto manakala sensor wide dan ultrawide juga mempunyai OIS.
Pada bahagian selfie, ianya mewarisi sensor selfie 12MP 1/2.9 yang digunakan pada Sony Xperia 1 IV.
Lain-lain spesifikasi Sony Xperia IV adalah pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, Hi-Res Audio, DSEE Ultimate, dan 360 Reality Audio.
Akhir sekali, Sony Xperia 5 IV juga memiliki pensijilan IP68 dan terdapat lapisan gelas Corning Gorilla Glass Victus.
Sony Xperia 5 IV akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Green, Black, dan Ecru White pada harga dari $999 (RM 4,729) bermula pertengahan September dan dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.