Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony PlayStation 5 edisi 2022 telah mula dijual di beberapa pasaran

Konsol permainan Sony PlayStation 5 kini telah hadir didalam model baharu yang lebih ringan dan ianya telah mula dijual di Australia dan mungkin turut akan ditawarkan dipasaran Jepun bermula 15 September ini.

Model terbaru Sony PlayStation 5 tidak membawak sebarang perubahan pada bahagian luar namun dari segi dalaman, ianya mempunyai berat yang berlainan dari konsol edisi 2021 yang memiliki reka bentuk heatsink yang berlainan.

Sony PlayStation 5 versi Digital (CFI-1202B) kini adalah 20p grams lebih ringan pada 3.4kg , manakala PlayStation 5 versi Disc (CFI-1202A) pula adalah 300 gram lebih ringan pada 3.9kg

Jika dibandingkan dengan model asal, model terbaru PlayStation 5 ini adalah 500 gram lebih ringan bagi versi Digital dan 600 gram lebih ringan bagi versi Disc.

Dalam pada itu, Sony juga telah menaikkan harga PlayStation 5 dibeberapa negara yang termasuk pasaran Malaysia iaitu sebanyak RM 200 bagi versi Digital dan versi Disc.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.