Samsung Galaxy S23 Ultra semakin pasti untuk menggunakan sensor 200MP
Ura-ura mengenai perancangan Samsung untuk menggunakan sensor 200MP pada Samsung Galaxy S23 Ultra telah beberapa kali dilaporkan dan satu lagi laporan terbaru turut memberikan pengesahan yang sama.
Laporan terbaru dari Korea Selatan mendakwa Samsung telah memaklumkan kepada pembekal utama sensor kamera syarikat bahawa ianya akan menggunakan sensor 200MP pada generasi flagship terbaru mereka tahun hadapan.
Sensor 200MP ini akan menggantikan sensor 108MP yang telah digunakan sejak Galaxy S20 Ultra yang akan berusia tiga tahun menjelang pelancaran Galaxy S23 Ultra.
Ini bermaksud Samsung akan menyamai sensor yang digunakan pada Motorola X30 yang dilancarkan baru-baru ini yang turut dikatakan akan dilancarkan pada Xiaomi 12T Pro.
Walaupun ianya adalah sensor 200MP, Samsung dijangka akan menggunakan sensor yang dibangunkan khas untuk Galaxy S23 Ultra.