Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V25 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Ogos ini

vivo V25 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Ogos ini 3

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V25 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Ogos ini selepas memasuki pasaran India baru-baru ini.

vivo dijangka akan melancarkan vivo V25 untuk pasaran tempatan dan telefon pintar ini akan hadir dengan reka bentuk panel belakang yang berubah warna.

Selain itu, vivo V25 juga dijangka akan memiliki sensor utama 64MP yang memiliki OIS bersama dua lagi sensor pada bahagian belakang. Kamera selfie pula adalah 50MP.

Dalam pada itu, vivo V25 juga akan membawakan sokongan 5G, 8GB RAM + Extended RAM sehingga 8GB dan sokongan pengecasan pantas 44W.

Selain vivo V25, terdapat juga kemungkinan vivo melancarkan vivo V25e.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.