Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X80 turut dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 9000 – harga lebih berpatutan

vivo X80 turut dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 9000 - harga lebih berpatutan 1

vivo X80 turut dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 9000 - harga lebih berpatutan 2

Selain vivo X80 Pro, vivo juga telah melancarkan vivo X80 yang lebih berpatutan dengan cip MediaTek Dimensity 9000.

vivo X80 hadir dengan skrin paparan E5 AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Beralih kepada kamera, vivo X80 memiliki 4 sensor kamera iaitu satu sensor utama 50MP Sony IMX866 RGWB, sensor 12MP Sony IMX663 yang mempunyai 2x zoom dan sensor ultrawide 12MP Sony IMX663. Cip V1+ turut disertakan.

Kamera selfie pada vivo X80 adalah sensor 32MP.

Beralih kepada bateri, vivo X80 memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Selain itu, vivo X80 Pro memiliki sensor capjari optikal, cip audio HiFi, NFC, pembesar suara stereo dan OriginOS Ocean yang berasaskan Android 12.

vivo X80 ditawarkan pada harga dari CNY 3,699 iaitu bagi versi 8/128GB, CNY 3,999 bagi versi 8/256GB, CNY 4,399 bagi versi 12/256GB dan CNY 4,899 bagi versi 12/512GB.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.