Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad Mini kini rasmi dengan skrin 8.7-inci dan cip Unisoc T616

realme Pad Mini kini rasmi dengan skrin 8.7-inci dan cip Unisoc T616 1

realme Pad Mini kini rasmi dengan skrin 8.7-inci dan cip Unisoc T616 2realme secara rasminya telah melancarkan tablet kedua mereka iaitu realme Pad Mini yang kini telah mula ditawarkan di pasaran Filipina.

realme Pad Mini hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 8.7-inci dengan resolusi HD 1340 x 800 dan mempunyai reka bentuk ultra nipis iaitu hanya 7.6mm.

realme Pad Mini kini rasmi dengan skrin 8.7-inci dan cip Unisoc T616 3

Selain itu, realme Pad Mini juga dilengkapi cip Unisoc T616 yang merupakan cipset kelas entry level yang turut dilengkapi GPU Mali-G57 MP1. ianya ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu 3GB RAM/32GB storan dalaman atau 4GB RAM/64GB storan dalaman.

Dalam pada itu, realme Pad Mini juga dilengkapi kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP untuk panggilan video.

Beralih kepada bateri, realme Pad Mini memiliki bateri berkapasiti 6,400mAh yang juga disertakan dengan pengecasan pantas 18W dan sokongan reverse charging.

Lain-lain spesifikasi realme Pad Mini adalah Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, antaramuka realme UI for Pad, slot microSD, bicu audio 3.5mm dan berat 372 gram.

realme Pad Mini ditawarkan didalam dua warna iaitu Gray dan Blue dengan harga dari PHP9,990 atau sekitar RM 820.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.