Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20 FE 2022 dilancarkan di Korea Selatan

Samsung Galaxy S20 FE 2022 dilancarkan di Korea Selatan 5
Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE 2022 di pasaran Korea Selatan dan ianya ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi KT dan LG Uplus.

Berdasarkan tinjauan, Samsung Galaxy S20 FE 2022 ini memiliki spesifikasi yang sama seperti S20 FE 5G yang asal dengan termasuk penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 865 namun earphone AKG tidak disertakan didalam kotak.

Samsung Galaxy S20 FE 2022 dilancarkan di Korea Selatan 6

Selain itu, harga jualan Samsung Galaxy S20 FE 2022 ini adalah KRW 700,000 iaitu sekitar RM 2,427 namun harga subsidi telko mungkin lebih murah.

Samsung Galaxy S20 FE 2022 ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu Cloud White, Cloud Lavender dan Cloud Navy.

Buat masa ini tiada sebarang kepastian samada telefon pintar ini akan memasuki pasaran antarabangsa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.