Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A95 dan OPPO A76 dijual pada harga istimewa pada 6 hingga 10 April


OPPO Malaysia telah mengumumkan jualan kilat selama 5 hari bagi dua telefon pintar Oppo A Series iaitu Oppo A95 dan Oppo A76 yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 April 2022.

Oppo A95 akan ditawarkan pada harga promosi RM 999 sahaja iaitu penjimatan sebanyak RM 100 manakala Oppo A76 pula akan ditawarkan pada harga RM 849 dengan penjimatan sebanyak RM 50.

Selain itu, Oppo juga menawarkan insentif tambahan bagi pembelian Oppo A95 dan Oppo A76 di Lazada yang mana jika pembelian dibuat pada 6 April, anda akan menerima Magnet Sport Wireless Earphone dan kad Touch ‘n Go card bernilai RM109 manakala bagi pembelian di platform yang sama pada 7 April hingga 9 April , anda akan menerima kad microSD 32GB bernilai RM 49 secara percuma.

Dapatkan Oppo A95 dan Oppo A76 di OPPO Online Store, Shopee dan Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.