Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lancarkan program pembaikan peranti oleh pengguna – berkerjasama dengan iFixit

Samsung lancarkan program pembaikan peranti oleh pengguna - berkerjasama dengan iFixit 1

Samsung lancarkan program pembaikan peranti oleh pengguna - berkerjasama dengan iFixit 2
Samsung telah mengumumkan akan mula menawarkan alat gantian bagi peranti terpilih Samsung kepada pemilik telefon pintar untuk melakukan pembaikan dengan sendiri.

Program pembaikan peranti bagi telefon pintar Samsung Galaxy dan tablet ini akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat tidak lama lagi dengan kerjasama iFixit.

Program ini akan memberikan pemilik produk Samsung akses kepada alat ganti, peralatan pembaikan dan panduan pembaikan. Pada peringkat permulaan program ini menawarkan peralatan bagi Samsung Galaxy S20 Series, Galaxy S21 Series dan Galaxy Tab S7+ namun akan menambah senarai model dari semasa ke semasa.

Antara alat gantian telefon pintar dan tablet yang akan ditawarkan adalah panel paparan dan bateri yang didatangkan sekali untuk memudahkan proses penggantian, panel gelas belakang dan komponen port pengecasan

Samsung juga menawarkan pengguna untuk menghantar komponen yang rosak kepada mereka untuk dikitar semula.

Selain itu, buat masa ini masih belum ada maklumat samada program ini akan diperluaskan ke negara lain ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.