Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan April

Xiaomi Redmi Note 3 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan April 1

redmi-note-3-explorer-program

Xiaomi Redmi Note 3 yang dilancarkan pada bulan November yang lalu nampaknya akan memasuki pasaran tempatan didalam masa terdekat.

Awal bulan lalu, Xiaomi Redmi Note 3 telah dikesan di SIRIM namun tiada sebarang maklumat akan bila pelancaran rasmi telefon pintar ini di Malaysia. Walaubagaimanapun, Mi Malaysia kini telah membuka pendaftaran bagi program untuk mencuba Redmi Note 3 ini.

Program ini kini telah dibuka untuk pendaftaran dan akan ditutup pada 6 Mac 2016 , 6 petang dan versi yang akan ditawarkan di Malaysia adalah yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650.

Sebanyak 15 orang akan dipilih untuk menyertai program ini dan setiap peserta program ini harus melakukan beberapa tugasan dan melakukan ulasan penuh Xiaomi Redmi Note 3. Sebagai penghargaan kepada peserta, anda juga dapat menyimpan Xiaomi Redmi Note 3 tersebut ( dengan syarat semua tugasan diselesaikan).

Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera selfie model ini adalah 5MP.

Xiaomi Redmi Note 3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna kelabu, perak dan emas dengan harga penjualan dan kapasiti memori simpanan dalaman masih belum diketahui.

klik pada gambar dibawah untuk mendaftar bagi program Xiaomi Redmi Note 3 ini.

xiaomi redmi note 3

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.