HUAWEI P50E dilancarkan dengan cip Snapdragon 778G – harga dari RM 2,071
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI P50E di China dan ianya hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti HUAWEI P50 kecuali pada bahagian cip pemprosesan.
HUAWEI P50E hadir dengan skrin paparan OLED 90Hz berukuran 6.5-inci dengan lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 13MP.
Bercakap mengenai cipset, HUAWEI P50E hadir dengan cip Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.
Ke bahagian kamera pula, HUAWEI P50E memiiliki reka bentuk dual-ring yang menempatkan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan 5x zoom optik.
Selain itu, HUAWEI P50E juga memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.
HUAWEI P50E akan ditawarkan dengan sistem operasi HarmonyOS 2.0 didalam 4 warna iaitu Obsidian Black, Cocoa Gold, Snow White dan Blue
Berikut adalah harga HUAWEI P50E :
HUAWEI P50E 8/128GB – CNY 4,088 (RM 2,071)
HUAWEI P50E 8/256GB – CNY 4,488 (RM 2,965)