Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Series warna hijau kini boleh di pra-tempah – dari RM 3,399


Majlis pelancaran pertama Apple bagi tahun 2022 telah menyaksikan beberapa produk baharu yang termasuk Apple memperkenalkan iPhone SE (2022) dan syarikat ini turut mengumumkan penawaran warna baharu bagi iPhone 13 Series dan iPhone 13 Pro Series iaitu Green dan Alpine Green.

Seperti yang diumumkan ketika pelancaran, Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini didalam warna Green manakala iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max didalam warna Alpine Green kini telah dibuka untuk pra-tempahan.

Apple iPhone 13 Pro Series dan iPhone 13 Series kini boleh dipra-tempah di Apple Online Store atau melalui saluran rasmi wakil pengedar Apple di Malaysia seperti Machines, Switch dan banyak lagi.

Stok bagi warna baharu ini dijangka tiba pada 25 Mac 2022.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.