Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find N terima anugerah di Disruptive Device Innovation Award – jualan melebihi satu juta unit

Oppo Find N terima anugerah di Disruptive Device Innovation Award - jualan melebihi satu juta unit 1

Oppo Find N terima anugerah di Disruptive Device Innovation Award - jualan melebihi satu juta unit 2
Telefon pintar foldable pertama Oppo iaitu Oppo Find N telah memenangi anugerah Disruptive Device Innovation Award di 2022 Global Mobile (GLOMO) Awards yang telah berlangsung di MWC22 Barcelona.

Anugerah ini mengiktiraf OPPO untuk Integrasi Engsel & Skrin Paparan pada Oppo Find N yang unik dengan reka bentuk engsel yang dikenali sebagai Flexion Hinge.

Oppo Find N terima anugerah di Disruptive Device Innovation Award - jualan melebihi satu juta unit 3

Flexion Hinge mengatasi masalah lekukan skrin yang biasa pada telefon pintar dimana kesan lekukan pada Oppo Find N adalah lebih minima dan ianya juga lebih tahan lasak.

Selain itu, teknologi ini juga membolehkan skrin diletakkan pada pelbagai sudut iaitu antara 50° hingga 120°.

Oppo Find N telah dilancarkan pada penghujung tahun 2021 dan foldable pertama daripada syarikat ini tampil dengan reka bentuk yang ergonomik.

Oppo Find N terima anugerah di Disruptive Device Innovation Award - jualan melebihi satu juta unit 4

Setakat ini sebanyak satu juta unit Oppo Find N telah berjaya dijual namun sehingga kini masih belum ada sebarang kepastian ianya akan ditawarkan di pasaran antarabangsa.

ketahui kehebatan Oppo Find N di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.