Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lakaran Reka Bentuk Vivo Xplay 5 tersebar – akan memiliki 6GB RAM

Lakaran Reka Bentuk Vivo Xplay 5 tersebar - akan memiliki 6GB RAM 1

vivo xplay 6gb RAM MALAYSIA

Telefon pintar utama Vivo yang terbaru iaitu Vivo Xplay 5 dilhat akan menjadi antara telefon pintar hangat tahun ini.

Sebelum ini, syarikat ini telah mengesahkan bahawa Xplay 5 akan hadir dengan 6GB RAM yang menjadikanya telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan kapasiti RAM ini. Selain 6GB RAM, Vivo Xplay 5 juga disahkan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820.

Selepas pengesahan 6GB RAM , Vivo juga mengesahkan Xplay 5 akan hadir dengan teknologi audio Hi-Fi 3.0 dan teknologi Hi-Fi ini bukanlah sesuatu yang asing pada peranti Vivo.

Vivo Xplay 5 yang telah disahkan akan hadir dengan reka bentuk skrin paparan sisi yang sama seperti Galaxy S7 Edge kini telah dilakarkan dan lakaran ini pasti membuatkan anda terpukau.

Lakaran ini juga melihatkan kita reka bentuk telefon pintar Xplay 5 yang sangat nipis manakala pada bahagian belakang terdapat sensor capjari , flash LED dan pemfokusan laser.

Selain itu, Vivo Xplay 5 juga dilaporkan akan hadir dengan teknologi pengecasan solar, skrin paparan 6.0-inci, kamera utama 16MP, kamera selfie 8MP dan bateri berkapasiti 4,300mAh.

Selain itu, Vivo juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar Xplay 5 ini akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan atau secara tepatnya pada 1 Mac 2016.

Vivo Xplay 5 ini mungkin mempunyai harga penjualan yang tinggi dan akan menjadi telefon pintar Vivo paling mahal pernah dilancarkan.

sumber

vivo-xplay-5-renders-04-395x395 vivo-xplay-5-renders-03-395x395 vivo-xplay-5-renders-02 vivo-xplay-5-hi-fi-3sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.