Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Pro dijangka akan mempunyai 8GB RAM

Apple iPhone 14 Pro dijangka akan mempunyai 8GB RAM 1

Apple iPhone 14 Pro dijangka akan mempunyai 8GB RAM 2
Laporan terbaru dari sumber di Asia mendedahkan bahawa Apple iPhone 14 Pro akan memiliki 8GB RAM yang merupakan kapasiti RAM terbesar pernah digunakan pada iPhone.

Menurut sebuah post oleh pemilik akaun yeux1122 di blog korea iaitu Naver mendakwa Apple iPhone 14 Pro akan memiliki 8GB RAM dan maklumat ini diperoleh dari sumber rantaian bekalan dan komponen memori bagi ‌iPhone 14 Pro‌ kini telah disahkan.

Walaubagaimanapun, model iPhone bukan Pro iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Max dijangka akan mempunyai kapasiti RAM yang lebih rendah daripada 8GB yang akan digunakan pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Jika laporan ini tepat, Apple iPhone 14 Pro Series akan menawarkan kapasiti RAM yang sama seperti pada Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ namun tidak setaraf Samsung Galaxy S22 Ultra yang juga hadir didalam varian dengan 12GB RAM.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.