Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y55 5G kini rasmi dengan Dimensity 700 dan sensor utama 50MP

vivo Y55 5G kini rasmi dengan Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 1

vivo Y55 5G kini rasmi dengan Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 2
vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y55 5G dan ianya dilancarkan selepas vivo Y55s 5G dilancarkan bulan lalu dengan bateri 6,000mAh.

vivo Y55 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ LCD berukuran 6.58-inci dan ianya adalah panel punch-hole yang menempatkan kamera selfie 8MP.

vivo Y55 5G kini rasmi dengan Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 3
Pada bahagian belakang, vivo Y55 5G memiliki sensor utama 50MP bersama dua sensor 2MP untuk fotografi makro dan maklumat ‘depth’.

Beralih kepada cipset, vivo Y55 5G memiliki cip MediaTek Dimensity 700, 4GB RAM dan 128GB storan dalaman serta antaramuka Funtouch OS 12 yang berasaskan Android 11.

vivo Y55 5G kini rasmi dengan Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 4
vivo Y55 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 18W dan sensor capjari pada butang kuasa.

vivo Y55 5G hadir didalam dua warna iaitu black dan blue pada harga NTD 7,990 atau sekitar RM 1,212.

Maklumat penawaran antarabangsa bagi telefon pintar ini belum diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.